Quantcast
Channel: Singgahsana Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 285

CUCUR IKAN BILIS VIRAL Katanya...

$
0
0
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera

Tak daya lagi menolak. Asyik lalu lalang mundar mandir aje dalam news feed fb. Sudahnya terjebak juga. Terbuat sebab teringin nak tahu apa yang dikatakan viral sangat tu. Cucur Bilis ni sama je macam cucur bilis yang lain. Cuma kaedahnya lain sikit... guna air panas mendidih.

Saya tumbuk kasar ikan bilis, hiris 1 labu bawang merah besar, kucai, cili merah... pastu tambah bawang goreng anggaran 3 sudu besar. Air panas saya masukkan secukupnya saja... tak habis pun 3 cawan. Langkah membulatkan doh seperti arahan resipi tak ikut. Hanya basahkan jari, jemput-jemputkan doh sambil bulatkan ala kadar dengan hujung jari dan terus goreng. Rasa cucur ni di luarnya rangup dalam lembut. Pencicahnya saya buatkan Sos Cili Chef Wan yang entrinya akan menyusul kemudian. Sementara tu layan cucur dulu ya...




CUCUR IKAN BILIS VIRAL
by IzaAkma SSK
source : Facebook



BAHAN-BAHAN :
  • 3 cwn Tepung Gandum
  • 3 cwn Air Panas Mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
  • 1 genggam Ikan Bilis (tumbuk halus)
  • Kucai/Daun Sup
  • Lobak Merah
  • Bawang Besar (dadu)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAANNYA :
❀   Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah, daun kucai/sup & garam.
❀   Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah bergaul rata, tolakkan sedikit tepung ke tepi bekas dan buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok menggunakan bekas besar.
❀   Tuang air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat tolak ke tepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian (buat sikit-sikit)
❀   Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh. Pastikan tepung digaul menggunakan sudu atau senduk kayu.
❀   Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan
❀   Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng
❀   Hidangkan dengan sos kegemaran


Tips :
- boleh tambah udang atau apa-apa yang anda suka
- basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh, tujuannya supaya doh dapat dibentuk dengan mudah dan cantik
- 3 cawan tepung dapat banyak boleh makan seisi keluarga, kalau berdua atau keluarga kecil buat satu cawan je cukup


saya suka macam ni... potong pastu siram sos
bila makan lebih terasa sebab sos serap habis dalam cucur



CUCUR IKAN BILIS VIRAL ~ UPDATED [Ahad, 24/09/2017]

Pagi ini mencucur Cucur Bilis Viral lagi. Apa yang saya perasan cucur viral ni tak ubah macam cucur mak mak kita dahulu yang tidak langsung guna agen pelembut mahu pun agen pengembang seperti baking powder, soda, telur atau yis. Kelembutan cucur adalah daripada penggunaan air panas mendidih. Di sini diselitkan juga cucur bilis viral versi saya untuk panduan sendiri akan datang.


  • Tumbuk kasar segenggam penuh ikan bilis
  • Hiris 1 labu bawang merah besar, 3 biji cili merah, daun sup, daun bawang (lebihkan daun bawang daripada daun sup)
  • Sediakan 3 cwn tepung gandum
  • Satukan tepung dengan semua bahan hiris, 1 sdk puri bawang putih@2 ulas, 1/2 kiub pati ikan bilis, 3 sdm bawang goreng (diramas hancur), garam dan gaul rata
  • Sediakan 1 cwn + 1/2 cwn air panas mendidih
  • Masukkan dahulu 1 cwn air panas sikit-sikit ke dalam sebahagian tepung, kacau rata dengan sudu
  • Teruskan mengacau sebahagian tepung lagi sehingga habis air tersebut
  • Jika belum menjadi doh guna air panas yang extra 1/2 cwn lagi, tuang sikit sambil kacau lagi sampai jadi doh (saya tak habiskan air 1/2 cwn ni... cuma tuang sikit je)
  • Dah jadi doh stop air (lain jenis tepung lain daya serapan air), biarkan sejuk
  • Basahkan jari, jemput-jemputkan doh & bulatkan dengan jari (jari kena selalu dibasahkan dengan air supaya doh mudah dibentuk)
  • Goreng dalam minyak yang panas





Viewing all articles
Browse latest Browse all 285

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.