Quantcast
Channel: Singgahsana Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 285

PUDING LEGO

$
0
0

Bagi nama puding citrawarna asalnya. Bila post kat Fb, depa semua dok ingat gambar lego sebab kejadiannya rupa lego. Ada yang suggest bagi nama puding lego sesuai dengan rupa. Saya pulak awalnya memang tak perasan langsung yang macam depa nampak. Lepas depa cakap tenung balik lama-lama baru perasan. Jadi sebagai hargai pandangan kawan-kawan maka lekatlah namanya Puding Lego.

Adunan puding ni cepat set tau jadi kena buat cepat-cepat masa melapis warna-warna. Hilang penat lihatkan hasil. Tekstur puding lembut dan ada rasa masam-masam sunquick.


PUDING LEGO
by House of SSK
BAHAN A :
  • 10 gm Agar-Agar Tali
  • 8 sdb Gula Pasir (+/- ikut manis)
  • 800 gm Air
BAHAN B :
  • 2 keping Roti Gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
  • 200 gm Susu Sejat
  • 1 biji Telur (saiz kecil)
  • 1 sdb Butter
  • 1 sdb Tepung Jagung
  • 2 sdm Sunquick
  • 1/2 sdt Esen Vanila
  • Secubit Garam
BAHAN B :
  • Pewarna ~ Merah/Biru/Kuning/Hijau

CARA PENYEDIAAN :
❀  Masak agar-agar dengan air hingga larut
❀  Masuk gula, kacau hingga gula melarut
❀  Blend Bahan B hingga halus
❀  Tuang dalam larutan agar-agar tadi. Sentiasa dikacau hingga nampak sedikit likat, padam api
❀  Bahagikan kepada 2 bahagian :
 - 1 bahagian tanpa warna
 - 1 bahagian lagi bahagikan kepada 4 dan warnakan
❀  Sebelum dimasukkan adunan puding ke dalam acuan/loyang, basahkan dengan air terlebih dahulu
❀  Ambil bahagian yang berwarna, tuang dalam acuan berselang seli warna hingga habis. Biarkan sedikit beku. Kemudian tuang kesemua bahagian tak berwarna secara perlahan-lahan ke atas lapisan berwarna tadi (adunan ini kena panas ye... jika suam panaskan sekejap guna api perlahan). Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik
❀  Selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Keluar dan terbalikkan puding atas alas yang sesuai perlahan-lahan. Potong sesuai selera.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 285

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.