Quantcast
Channel: Singgahsana Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 285

BAWAL GORENG PANAS & SAMBAL BELACAN KICAP UTARA

$
0
0

30 September 2019, Isnin

Setiap kali ke Penang pasti tak lepas peluang singgah makan di Warung Bawal Goreng Kelapa Sawit Juru. Kadang tu bukan takat makan je... siap tapau lagi bawa balik. Selain bawal, kari sotong dia pun sedap. Kari yang pekat likat. Dua lauk tu je yang saya suka layan kat situ. Sekali dah pekena situ balik mesti terbayang bawal goreng dia yang garing sangat-sangat. Sambil makan sambil tengok depa goreng ikan. Sama je macam kita goreng ikan selalu. Dengan selamba sempat bertanya pada tokey kedai macam mana cara depa buat pencicah sambal kicap. Nasib saya baik. Tokey respon dengan ramah sekali tanpa selindung.

Mengambil inspirasi merangkap ubat rindu kat bawal goreng kelapa sawit juru nun, saya cuba pula di rumah guna koleksi yang ada. Ada kesempatan lain saya cuba pula sambal kicap versi tokey. Gandingan yang sepadan dengan Masak Lemak Cili Api Ketam haritu.


BAWAL GORENG PANAS
& SAMBAL BELACAN KICAP UTARA
by House of SSK

IKAN :

Ikan Bawal
❀  bersihkan - lumur dengan serbuk kunyit + garam
❀  goreng deep fried sehingga garing - angkat -tos


SAMBAL BELACAN KICAP UTARA

BAHAN A :
  • Cili Padi Merah
  • Cili Merah
  • Belacan | dibakar dahulu
  • Bawang Besar | direbus dulu
  • Gula
  • Garam
BAHAN B :
  • Kicap Manis
  • Serbuk Pati Ikan Bilis
  • Jus Limau Nipis

CARA PENYEDIAAN :
❀  Kisar semua Bahan (A) tapi jangan halus sangat
❀  Tuang dalam bekas dan masukkan Bahan (B), kacau rata
❀  Hidangkan sebagai pencicah ikan bawal goreng


Note :
# semua bahan untuk sambal belacan kicap adalah agak-agak mengikut sesuai selera




Viewing all articles
Browse latest Browse all 285