Quantcast
Channel: Singgahsana Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 285

AYAM KALIO PERCIK

$
0
0

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة  |  Salam Sejahtera


Sambal Tumis Terung Pipit dengan Tempe dalam post sebelum ni lauk sampingan je. Ikutkan anak-anak memang tak berapa nak makan tempe, terung pipit tapi masakkan jugak sebab chef in da house teringin sangat sebenarnya. Maklumlah membesar dengan masakan kampung.....

Jadi saya masak satu lagi lauk lain sebagai menu utama diberi nama Ayam Kalio Percik. Resipi asal dari majalah RASA 2010 sumbangan Hotel De Palma Shah Alam. Tapi kuantiti bawang, cili, lengkuas semua dalam gram. So untuk memudahkan rujukan akan datang, saya dah siap-siap tukarkan gram kepada kuantiti biasa. Mana tau nanti-nanti terasa nak makan lagi terus refer sebab apa tau.....sebab ayam kalio percik ni sungguh sedap, rasa ala-ala masak lemak pun ada. Oh ya, ayam tu jika suka boleh juga dibakar selepas diperap dan bahan perapan boleh dimasak dan disiram di atas ayam tadi. Jomm layan.....



AYAM KALIO PERCIK
by IzaAkma SSK


Bahan-Bahan :
400 gm ayam, potong ikut suka
1 cawan santan pekat
1 cawan air (bergantung pada kepekatan yang disukai)
4-6 helai daun limau purut, hiris halus
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Sedikit gula (jika perlu)

Bahan Kisar :
1 labu bawang merah besar
8 ulas bawang putih
4 biji cili merah
8 biji cili padi
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
1/2 inci kunyit hidup


Cara :
Perap ayam bersama bahan-bahan yang telah dikisar dan sebahagian hirisan daun limau purut selama 45 minit.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis lebihan bahan perapan sehingga pecah minyak.
Selepas itu masukkan ayam yang diperap tadi bersama asam keping. Kacau rata hingga sebati dan mendidih.
Masukkan santan, air, garam secukup rasa, gula jika perlu dan lebihan hirisan daun limau purut. Kacau sebati sehingga kuahnya pekat.
Angkat dan sedia dihidangkan.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 285