السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Hari ini pepagi lagi dah post. Semalam tak sempat, sibuk sikit. Sat sat lagi dah sibuk ke lain pulak. Ni tengah ada waktu terluang boleh la update sekejap.
Aktiviti dapur semalam. Melunaskan yang lama tertangguh. Menyedia kari hijau thai menggunakan pes kari hijau air tangan sendiri. Ramuan untuk pes boleh tahan banyak. Cuma satu je tak ada... daun selasih... bahan lain semua ada. Sebagai ganti, saya guna sweet basil. Selalunya sweet basil orang buat untuk sos spaghetti. Sweet basil pun boleh laa daripada tak ada...

Perisanya semua cukup... cukup pedas, masin, manis, masam. Garam gula langsung tak bubuh kecuali dalam pes ada gula sikit. Perisanya asli daripada bahan-bahan segar semulajadi.
Saya guna ayam untuk kari hijau ini. Selain ayam nak guna daging atau seafood pun boleh. Kari hijau thai ini lagi pekat lagi sedap. Kalau ada santan segar, lebih baik guna yang segar kerana mempunyai rasa lemak dan manisnya tersendiri.

KARI HIJAU THAI
by IzaAkma SSKBAHAN KARI HIJAU :
- 1/2 ekor Ayam
- 2 batang Serai, dititik
- 4 helai Daun Limau Purut
- 10 biji Cili Padi Merah Thai, diketuk
- Pes Kari Hijau Thai (resipi di bawah)
- 2 cwn Santan Cair
- 1 cwn Pati Santan
- 1 biji Limau Kasturi, ambil jus
- 1 sdb Sos Ikan
- Gula secukup rasa (jika perlu)
- Daun Selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)
- Minyak untuk menumis
BAHAN SAYUR (jenis sayur dan ukuran boleh ubah ikut selera dan kesesuaian masing-masing) :
- 6 biji Terung Bulat Putih, dibelah dua
- 1 biji Tomato, potong 6
- Kacang Panjang
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Panaskan sedikit minyak. Tumis pes kari hijau hingga harum.❀ Masukkan serai dan ayam, kacau sebati.
❀ Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut. Biar hingga ayam setengah empuk.
❀ Masukkan terung, kacang panjang dan cili padi. Bila mendidih, tuang pati santan.
❀ Perasakan dengan sos ikan, jus limau dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
❀ Akhir sekali masukkan daun selasih dan tomato, kacau rata.
❀ Rasakan, jika ok padamkan api dan angkat. Hidangkan bersama nasi dan lauk-lauk lain.
PES KARI HIJAU THAI

BAHAN-BAHAN :
- 1 batang Serai, cincang
- 10 biji Cili Padi Hijau Thai (ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
- 2 biji Cili Hijau
- 2 biji Bawang Merah
- 4-5 ulas Bawang Putih
- 1 inci Lengkuas
- 1/2 cwn Daun Ketumbar (termasuk akar dicincang kasar)
- 1/2 cwn Daun Selasih Segar/Sweet Thai Basil
- 1/2 sdt Serbuk Jintan Manis
- 1/2 sdt Serbuk Ketumbar
- 1/2 sdt Serbuk Lada Putih
- 3 sdb Sos Nampla
- 1 inci Belacan
- 2 sdb Jus Limau Kasturi (daripada 4 biji)
- 1 sdt Gula Perang
- 3-4 sdb Santan
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Kisar halus semua bahan.❀ Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu. Untuk lebih lama boleh bekukan dalam freezer.

