Quantcast
Channel: Singgahsana Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 285

BIKA AMBON PANDAN

$
0
0
Patutlah bika ambon begitu popular di tanah seberang... sedap rupanya
Pernah try sekali di satu restoran , tapi rasanya nggak enak
Terus keinginan untuk membuat di dapur sendiri senyap macam tu je...
Tak ada angin tak ada ribut , terhasil juga kuih ini buat minum petang gara-gara terlihat Aznie Khasri up resipi bika ambon yang menjadi cantik
Walau rupa yang saya buat ni tak ayu tapi dari segi rasa ayu sangat...


Manis secukup rasa , lembut , kenyal-kenyal & wangi aroma pandan
Gambar je yang tinggal , kuihnya dah habis
Ingatkan satu resipi dapat banyak... buat separuh... rupanya sikit
Tak apa lah nanti cuba lagi & perbaiki... sementara itu park dulu resipi kat sini


BIKA AMBON PANDAN
by IzaAkma SSK


BAHAN A :
  • 450 ml Santan
  • 1 helai Daun Pandan
  • 1 batang Serai
  • 3 helai Daun Limau Purut

    - Masak hingga mendidih dengan menggunakan api sederhana
    - Sentiasa dikacau supaya tak pecah santan
    - Sejukkan
    - Sukatkan santan 400ml untuk dicampurkan ke dalam adunan
BAHAN B :
  • 200 gm Tepung Ubi
  • 100 gm Tepung Gandum
  • 200 gm Gula Pasir
  • 4 biji Telur A , pukul sikit sebatikan
  • Pandan Paste & Pewarna Hijau  (asal pewarna kuning dimasak sekali bersama bahan A)
BAHAN C :
  • 100 ml Air Suam
  • 1 sdb Gula Pasir
  • 1 bungkus @ 11 gm Yis Mauripan

    - Campur semua bahan C
    - Biarkan selama 10 minit hingga berbuih
BAHAN D :
  • 2 sdb Butter @ Marjerin , cairkan & sejukkan



CARA PENYEDIAAN :
❀  Campurkan tepung ubi , tepung gandum , gula , bahan A juga bahan C
❀  Kacau sebati
❀  Masukkan telur , pandan paste , pewarna hijau & kacau lagi hingga sebati
❀  Perap selama 1 jam
❀  Masukkan pula butter cair ke dalam adunan , gaul hingga rata
❀  Panaskan oven pada suhu 250'C api bawah selama 10 minit
❀  Panaskan loyang yang telah disapu dengan butter di dasar loyang.. bahagian tepi tak payah sapu
❀  Pastikan loyang betul-betul panas sebelum adunan dituangkan ke dalam loyang
❀  Bakar di rak paling bawah
❀  Bila loyang dah betul-betul panas masukkan adunan tepung ke dalam loyang
❀  Bakar selama 40 minit apa bawah sahaja dengan pintu oven tidak ditutup rapat.. sendal la dengan apa-apa
❀  Bila dah nampak permukaan kuih sudah sedikit kering , tukarkan pula api atas sahaja
❀  Bakar sekejap je ye nak bagi permukaan kuih perang sikit.. masa ni pintu oven boleh ditutup
❀  Siap.. sejukkan dahulu sebelum dihidang




Viewing all articles
Browse latest Browse all 285