Quantcast
Channel: Singgahsana Kitchen
Viewing all 285 articles
Browse latest View live

KACA MATA EGO vs CINTA

$
0
0

Kalau orang buat jahat pada kita, dan kita sakit hati, itu kerana kita melihat dengan kaca mata Ego.

Kalau kita melihat dengan kaca mata Cinta, yang terlihat adalah lebih tinggi, iaitu Tuhan sedang beraksi melalui orang tersebut.

Kalau di hayati, dada jadi lapang dan ikhlas, tidak sakit hati lagi.

Dengan berlapang dada dan ikhlas itu, kita juga akan dibalas dengan cinta, iaitu anugerah berlipat ganda. Selalunya begitu.

Hal yang sama terjadi apabila kita berbuat baik.

Kalau kita pandang dengan kaca mata Ego, kita melihat bahawa kita lah yang berbuat baik.

Lalu muncul di hati kita rasa bangga dan merasa lebih baik dari orang lain. Perasaan ini menghapuskan pahala kebaikan.

Tapi kalau kita melihat dengan kaca mata Cinta, kita akan sedar bahawa diri kita tidak lebih dari sekadar medium di mana Tuhan beraksi menyampaikan kebaikanNya kepada orang lain.

Hasilnya timbul ikhlas.
Dan dari ikhlas inilah rahmat berganda kita terima.

Selalunya begitu. Kalau tidak begitu, boleh jadi kita belum ikhlas


... Love no Limit ...
- Master Umar Paranorms



12 September 2019, Khamis

Selagi ada ego, semua tak menjadi. Yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar, puji jadi keji. Bila ada kanta ego di hati, kanta cinta akan menjauhi.

Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego beraja di jiwa.
Dalam pertelagahan, hanya dengan nur, perdamaian mudah menjelma semula. Tiada dendam berpanjangan. Sebab masam cuma sebentar dan pahit hanya sedikit. Ibarat ada gelombang tapi segera kembali tenang

Buanglah kerikil ego yang menghalangi. Sebab ego hanya membina tembok pemisah.

Bisikkan selalu di hati, bahwa Allah selalu mencintai orang yang merendah diri dan membenci orang yang meninggi diri.

Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada daging. Carilah kebaikan dalam diri semua orang.

Jadilah seperti hujan. Titisannya ikhlas memberi kebaikan kepada seluruh isi bumi.




PARU GORENG LIMAU PURUT BERLADA

$
0
0

13 September 2019, Jumaat

Rindu paru berlada air tangan arwah opah. Suka sangat sedap.
Arwah selalu masak untuk niaga. Tapi sayang waktu hayatnya tak pernah saya tanya resipi cuma tahu makan aje. Pernah sekali dua tengok arwah masak tapi tengok-tengok macam tu jela... tau tau dah siap masak. Jenuh selak buku resipi yang ditinggalkan kot ada tapi tak ada. Sampai sekarang saya boleh ingat lagi akan rasanya. Pergi makan mana-mana kat luar pun masih tak jumpa yang sama. Usahkan sama, mirip pun tak.

Sampai bertemu yang ini. Saya pun cuba mana tau kot sama.

Terubat jugak lah rindu sikit walau tak sepenuhnya.
Yela faham... air tangan lain, ramuan lain, cara lain tentulah tak sama. Tapi kan paru berlada ini pun sedap tau. Rasa pedas, masam manis semua cukup. Makan dengan nasi putih hangat hmmm mau tak cukup sepinggan. Tak cayer... try test tengok caner


PARU GORENG LIMAU PURUT BERLADA
by House of SSK
source : Irni Maizura

BAHAN A :
  • 500 gm Paru | rebus - potong agak-agak nipis - gaul dengan serbuk kunyit+garam - goreng - ketepikan
BAHAN B :
(bawang dengan cili dikisar halus berasingan)
  • 3-4 labu Bawang Merah Besar
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 10-15 tangkai Cili Kering | ikut pedas
BAHAN C :
  • 1 batang Serai | titik
  • 4-5 helai Daun Limau Purut
  • 1 keping Asam Gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Gula lebihkan sedikit

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak (lebihkan minyak untuk menumis)
❀  Tumis bawang merah dan bawang putih kisar hingga wangi
❀  Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak
❀  Masukkan paru, garam, gula, asam gelugur dan daun limau purut. Gaul-gaulkan sehingga mesra
❀  Sesuaikan rasa. Pastikan lebihkan sedikit gula seperti bersira tapi janganlah manis sangat




APAM GULA HANGUS

$
0
0

17 September 2019, Selasa

Juga dikenali apam karamel.
Resepi oleh sifoo kesayangan ramai bakers dan pengusaha kuih-muih nusantra, arwah Kak Pau Citra Klasik.


APAM GULA HANGUS
by House of SSK

BAHAN A :
  • 200 gm Gula Pasir
  • 200 Air Panas

❀  Masak gula dengan api perlahan dan kacau hingga gula cair kecoklatan
❀  Masuk air panas, biar mendidih hingga semua gula larut
❀  Sejukkan

BAHAN B :
  • 2 biji Telur (B)
  • 50 gm Gula Halus
  • 1/4 cawan Susu Pekat Manis
  • 50 gm Marjerin Cair
  • 225 gm Tepung Gandum*
  • 1 sdt Soda Bikarbonat*
  • 1 sdt Baking Powder* | *satukan
  • 1 sdt Esen Vanila

❀  Mixer telur dan gula hingga kembang
❀  Masukkan susu pekat manis dan tepung berselang seli dengan Bahan (A), gaul rata
❀  Akhir sekali masuk marjerin cair dan esen vanila
❀  Isi dalam acuan kecil-kecil yang telah disapu sedikit minyak, kukus 25 minit atau sehingga masak



UDANG SAMBAL HIJAU

$
0
0

17 September 2019, Selasa

Sesekali berlauk sambal dengan cili hijau memang menyelerakan.
Lagi pedas, lagi sedapp, lagi kaww!
Akan tetapi biarlah berpada-pada pedas supaya tak memudarat kesihatan perut.


UDANG SAMBAL HIJAU
by House of SSK

BAHAN A :
  • 15 ekor Udang Putih Besar (size XL) | bersihkan - gaul dengan serbuk kunyit - goreng separuh masak - tos - ketepikan
  • 2 keping Asam Gelugor
  • 3 tangkai Kacang Panjang | potong serong kecil-kecil
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Minyak Masak secukupnya untuk menumis
BAHAN B (kisar) :
  • 12 biji Cili Hijau
  • 5 biji Cili Padi Hijau (jika ingin pedas)
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 4 ulas Bawang Merah

CARA PENYEDIAAN :
❀  Menggunakan minyak gorengan udang, tumis Bahan (B) hingga wangi, garing dan pecah minyak
❀  Masukkan asam, garam dan gula secukup rasa
❀  Masuk pula kacang panjang, kacau rata
❀  Kemudian masuk udang dan masak sehingga kuah pecah minyak dan udang masak
❀  Angkat dan hidangkan


PIZZA BANANA KAYA

$
0
0

18 September 2019, Rabu

Pizza versi manis pisang dan kaya yang pernah menjadi viral.
Sebab tak larat nak tengok asyik lalu lalang terbuat juga sudahnya.

Kisahnya masa tu, nak merasa punya pasal tak sanggup tunggu lama. Keluar gi cari pisang... cari kaya... cari bahan semua. Pusing mencari... kaya pandan pula tak ada. Kaya biasa ada tapi tetap juga nak hijau. So beli daun pandan buat kaya pandan sendiri. Banyak la kerja sikit tapi tak rugi apa aihh... dapat juga belajar buat homemade kaya. Part kaya settle, merasa jua akhirnya pizza viral. Kebetulan ada crumble lebihan buat Fruit Pastry Cake resipi Chef Asma. Guna juga tabur atas bagi perabih.
Selepas kejadian pertama bila terkenang sweet sweet nyer tu kombinasi pula dengan pizza yang gebu, dua tiga kali juga ulang buat.


PIZZA BANANA KAYA
by House of SSK

BAHAN DOH PIZZA :
  • 300 gm Tepung Gandum
  • 20 gm Marjerin Planta
  • 1 sdt Bread Improver
  • 1/4 sdt Garam*
  • 1 1/2 sdb Susu Sejat*
  • 1 sdt Gula Pasir* | *satukan - kacau rata
  • 70 gm Air Suam**
  • 10 gm Gula Pasir**
  • 6 gm Yis Mauripan**
  • 100 gm Air** | **satukan - kacau rata - biar kembang & berbuih

CARA PENYEDIAAN :
❀  Satukan tepung dengan marjerin.
❀  Uli dengan campuran susu * bagi rata
❀  Kemudian tuang campuran yis ** yang sudah kembang tadi.
❀  Uli hingga sebati dan doh tak lekat di tangan. Jika adunan melekit tambah lagi 1 sdb tepung gandum
❀  Perap 45 minit hingga naik sekali ganda dalam bekas bertutup kain lembap


BAHAN TOPPING :
  • 1 sdt Gula Pasir | untuk tabur atas doh
  • Kaya Pandan
  • Pisang Montel | hiris agak tebal
  • Mozarella Cheese
  • Sedikit Crumble

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan oven 170 C api atas bawah
❀  Gris pan pizza 12" yang berlubang di dasar dengan marjerin
❀  Setelah doh kembang, tumbuk doh dan ulikan sekejap
❀  Ratakan doh dalam pan
❀  Cucuk permukaan dengan garfu - tabur gula pasir - ratakan kaya - tabur sebahagian moza - atur pisang - tabur moza - tabur crumble
❀  Bakar suhu 160 C api atas bawah (no fan) selama 20 minit. Kemudian tukar api atas sahaja untuk 15 minit lagi. 5 minit terakhir tukar api grill untuk perangkan bahagian atas (cara bakar, suhu dan jangkamasa bakar mengikut cara dan oven masing-masing)
❀  Sejukkan. Ayak snow powder waktu menghidang


ASAM PEDAS KERISIK

$
0
0

19 September 2019, Khamis

Kelihatan makin tebal jerebu di luar.
Dah dua tiga hari petang hujan lebat namun keadaan jerebu masih tak berubah. Walaupun berada dikelilingi konkrit mata tetap terasa pedih. Kepala mula pening-pening dek bau asap yang makin ketara. Harap sangat keadaan ini akan bernoktah. Tak tahan... lemas! Apapun semua kuasa Allah. Kita tak mampu menahan. Kun Faya Kun.

Okay berbalik pada menu.
Dulu-dulu apa yang saya perhatikan kat kenduri kendara, mereka kalau masak kari ayam atau daging wajib masuk kerisik. Sebab itu kari nampak cantik pekat berkilat, wangi, sangat enak. Sampai sekarang saya terikut cara mereka masak kari bubuh kerisik. Tapi jika bubuh dalam asam pedas ikan ianya tanda tanya bagi saya. Pernah sekali dulu masak asam pedas buh kerisik. Entah mana silap, rasanya kureng tak menepati citarasa. Adat lah dalam memasak adakala menjadi adakala tidak. Kita tak boleh nak salahkan resipi seratus peratus. Kerana memasak ini lebih kepada air tangan. Biarpun resipi sama tapi bila dimasak oleh sepuluh orang berlainan maka akan ada sepuluh rasa berbeza.

Tetapi untuk asam pedas ini, menepati selera.
Istimewanya selain kerisik ia juga mengguna batang kesum yang selalunya kita buang sebab cuma ambil daunnya saja. Sebenarnya batangnya itulah yang memberi aroma wangi dan masakan jadi lebih lazat. Jadi lepas ni jangan buang batang kesum yer... pilih yang mana lembut masukkan ke dalam masakan yang memerlukan kesum.


ASAM PEDAS KERISIK
by House of SSK

BAHAN A :
  • 4 keping Ikan Tenggiri (sederhana besar)
  • 1/2 sdb Kerisik
  • 1 kuntum Bunga Kantan | belah 4
  • 3-4 batang Daun Kesum | asingkan batang dengan daun
  • 1 biji Terung Bulat
  • 1 biji Tomato
  • 4 batang Bendi
  • 1/2 sdb Pes Asam Jawa*
  • 1/4 cwn Air* | *bancuh
  • 1/2 sdb Serbuk Lada Hitam
  • 2 1/2 cwn Air (bergantung kepada kepekatan yang diingini)
  • Gula & Garam secukup rasa
  • Minyak Masak untuk menumis
BAHAN B (cili dengan bahan lain dikisar asing) :
  • 10 tangkai Cili Kering | rendam air panas
  • 1 inci Halia
  • 1/2 inci Kunyit Hidup
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 labu Bawang Merah Besar
  • 1 biji Buah Keras

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak dalam kuali
❀  Tumis bahan kisar bawang, halia, kunyit, buah keras hingga wangi
❀  Masuk cili kisar, tumis sampai pecah minyak dan naik bau dengan api perlahan
❀  Masuk serbuk lada hitam dan kerisik, kacau
❀  Pastu masuk bancuhan asam jawa, batang kesum, bunga kantan dan tumis lagi
❀  Masukkan air dan biar mendidih
❀  Masuk ikan, bendi, terung, tomato dan daun kesum
❀  Kecilkan api biarkan merenih seketika
❀  Perasakan dengan garam dan gula


AYAM BALI BEREMPAH

$
0
0

20 September 2019, Jumaat

Satu lagi menu yang pernah viral satu malaya sikit masa lalu.
Biasanya gitu ler. Dah jadi viral baru nampak. Berlumba sakan semua follow. Jika tak duduk ler diam-diam kat tempatnya... tak siapa tau. Termasuk ler yang menaip ni hahha... masa tengah viral tu ler baru terhegeh nak buat. Sebab tertanya jugak macam mana rasa sampai boleh jadi letops. Siapa yang dah pernah buat mesti tau kan keenakan ayam bali. Cuma yang ini topup dengan rempah sikit.


AYAM BALI BEREMPAH
by House of SSK

BAHAN A :
  • 1 ekor Ayam | potong - gaul kunyit & garam - goreng separuh masak
BAHAN B (kisar asing cili dengan bahan lain) :
  • 8 tangkai Cili Kering (suka pedas tambah)
  • 6 biji Bawang Merah Besar
  • 1 labu Bawang Putih
  • Halia sedikit saja (hujung jari kelingking)
  • Belacan (sebesar setengah ibu jari)
BAHAN C :
  • 6 batang Serai | dititik
  • 8 tangkai Daun Kari
  • 3 sdb Gula Pasir
  • 1 sdb Serbuk Ketumbar | disangai
  • Kicap Manis (ikut kesesuaian warna)
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
❀  Guna minyak lebihan goreng ayam tadi, goreng serai sampai separa coklat
❀  Masukkan daun kari sampai garing guna api sederhana
❀  Masuk bahan kisar bawang, halia, belacan, tumis hingga wangi
❀  Masuk cili kisar, tumis sampai garing naik bau dan pecah minyak dengan api perlahan
❀  Masuk gula, garam, kicap 5 renjis (sampai dapat warna merah maroon) dan serbuk ketumbar, kacau rata
❀  Masuk sedikit air dan biar mendidih
❀  Masuk ayam, biar sampai kuah pekat sikit
❀  Siap untuk dihidangkan (nak lagi sedap lepas masak jangan terus makan biarkan dulu seketika)


GULAI LEMAK CILI PADI UDANG DENGAN DAUN SELOM

$
0
0

23 September 2019, Isnin

Ulam daun selom cicah sambal belacan memang tak asing lagi kepada penggemar lauk kampung.
Saya ni kalau beli seikat untuk ulam semata payah benar nak habisnya. Lepas jenjalan di google dapat idea. Apa kata terjunkan dalam gulai.

Terus terfikir apa rasa ye bubuh dalam gulai... tak pahit ke kuah nanti?

Projek apa rasa bermula.
Saya pilih untuk tumbuk cili, kunyit dan bawang. Kaedah tradisional gituu. Petua orang tua tua dulu jangan dilanggar. Masa tumbuk campurkan juga sedikit garam. Kalau dapat garam kasar lagi bagus.

Dah siap masak apa yang difikir tadi terjawab sudah.

Udang di laut, selom di darat, dalam periuk bersatu jua.

Pada saya paduan keduanya ngam sangat sebab udang manis. Kuah haruslah pekat biar bersalut dengan udang dan daun selom. Kalau ulam seikat susah nak bagi habis tapi buat gulai macam ni macam tak cukup pula seikat. Saya lebih suka cedok selom, udang dapat seekor dua pun cukup. Tak sangka daun selom yang selalunya sedap buat ulam, kerabu rupanya enak juga dibuat gulai.


GULAI LEMAK CILI PADI UDANG DENGAN DAUN SELOM
by House of SSK

BAHAN A :
  • 20 ekor Udang Sederhana Besar | bersihkan & tos
  • 1 ikat Daun Selom | patahkan kasar-kasar
  • 1 batang Serai | dititik
  • 1 keping Asam Gelugur
  • 500 gm Santan Pekat Segar
  • Gula secubit
BAHAN B (tumbuk) :
  • 7 biji Cili Padi Hijau
  • 4 biji Cili Padi Merah
  • 2 ulas Bawang Merah
  • 1 inci Kunyit Hidup
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :
❀  Masukkan Bahan (B) bersama separuh santan dan serai ke dalam periuk
❀  Masak sehingga mendidih atas api perlahan
❀  Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah
❀  Masukkan secubit gula, udang dan daun selom
❀  Biarkan anggaran 5 minit, masukkan baki santan
❀  Kacau rata dan seimbangkan rasa
❀  Dah mendidih tutup api
❀  Hidangkan panas bersama nasi putih



APAM CHEESE

$
0
0

24 September 2019, Selasa

Citarasa purba macam saya ni mana lerr suka cheese sangat. Namun bila melibatkan kuih muih ya ampun tak mampu menolak. Lagi pun kuantiti cheese dalam kuih tak begitu banyak. Masih boleh diterima. Jumpa resipi ni kat satu group Fb tiga tahun lalu. Kegebuannya buatkan teruja untuk cuba. Sesudah dua tahun simpan keterujaan, terlaksana juga tahun lepas.

Kebetulan masa buat tu ada blueberry filling. So try bubuh sikit dalam konon sebagai inti. Pastu layerkan isian adunan menjadi tiga lapisan warna bertemakan warna filling. Alhamdulillah jadi. Cuma filling tu jatuh ke bawah. Mungkin sebab adunan terlalu ringan. Tak dapat menampung berat filling supaya terletak elok di tengah. Apam dah sedap. Next time mungkin boleh lorekkan saja kat atas berbanding bubuh dalam. Tak apalah... belajar daripada kesilapan. Jika tak pernah silap, tak pernah salah, kita tak akan pernah belajar. Apa pun simpan dulu resipi kat sini sesiap mana tahu esok esok boleh buat lagi.


APAM CHEESE
by House of SSK

BAHAN A:
  • 2 biji Telur A
  • 1 cwn Gula Kastor
  • 1 sdt Ovalet
  • 2 cwn Tepung Naik Sendiri
  • 2 sdt Esen Vanila
BAHAN B:
  • 1 cwn Susu Sejat
  • 2 keping Cheddar Cheese

CARA PENYEDIAAN :

❀  Panaskan kukusan
❀  Masak Bahan (B) dengan api sederhana sehingga cheese larut. Ketepikan
❀  Mixer telur, gula, ovalet, vanila hingga kembang dan gebu
❀  Masukkan Bahan (B) yang dimasak tadi, kacau rata
❀  Diikuti tepung sedikit demi sedikit sambil dikaup balik hingga sebati
❀  Isikan adunan ke dalam papercup
❀  Kukus dengan api sederhana 8-9 minit



KERABU MAGGI THAI

$
0
0

25 September 2019, Rabu

Juga viral sekitar 2017. Masa tengah hot viral tu seru tak sampai lagi. Hajat hati nak rasa dulu kat mana-mana baru boleh buat. Lagipun maggi jenis tu tak nampak jual pun kat kedai-kedai (sekarang dah banyak jual). Sehinggalah jalan-jalan ke Utara tahun lepas. Ambil peluang merasa kat sana. Dengan pedasnya, masam-masam macam tomyam, berair-air mata makan kepedasan. Tapi sedapp! Langsung jumpa maggi siam kat sana terus rembat bawa balik. Bahan utama dah ada, rasa pun dah tahu baru senang hati buat.


KERABU MAGGI THAI
by House of SSK

BAHAN A :
  • 3 bungkus Maggi Siam Perisa TomYam
  • 3 Serbuk Perasa (yang terdapat dalam bungkusan maggi)
  • Udang Segar 
  • Sotong
  • Crabstick (rebus dahulu kemudian hiris)
BAHAN B (tumbuk) :
  • Bawang Besar Merah | hiris halus
  • Karot | hiris halus
  • Kubis Ungu | hiris halus
  • Tomato Cherry | belah 2
  • Cili Padi | hiris
  • Daun Ketumbar | hiris
  • 1 batang Serai | ambil bahagian putih - hiris halus
CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan air dalam periuk bersama 1 serbuk perasa
❀  Celurkan dulu sekejap udang, sotong dan crabstick dalam air rebusan secara berasingan dan tos.
❀  Asingkan 7 sdb air rebusan tersebut ke dalam satu bekas lain untuk sos@kuah. Jika mahu lebih kuah boleh lebihkan air rebusan.
❀  Kemudian rebuskan maggi. Angkat, tos dan buang air rebusan.
❀  Setelah siap, masukkan kesemua bahan rebus ke dalam mangkuk
❀  Masukkan juga semua bahan sayur dan cili yang telah dihiris
❀  Ambil 2 lagi baki serbuk perasa, masukkan dalam bekas berisi air rebusan yang diasingkan tadi. Kacau rata
❀  Tuang ke dalam mangkuk berisi campuran maggi, gaul sebati
❀  Taburkan lagi sedikit daun ketumbar jika mahu
❀  Siap untuk dihidang


Note :
# Tak perlu tambah perasa lain sebab rasa daripada serbuk perasa dah cukup serasi dan seimbang.

# Jus limau kalau nak bubuh pun boleh tapi sedikitt saja ye sebab dah cukup rasa masam
# Banyak mana sotong udang sayur semua agak-agak ikut sesuai selera




BAKWAN JAGUNG

$
0
0

26 September 2019, Khamis

Bakwan adalah adunan tepung bersama sejenis atau campuran sayuran seperti taugeh, hirisan kubis, karot, bawang dan kemudian digoreng secara deep fried. Lebih kurang cucur/jemput-jemput sayur/bilis/udang juga. Lebih sedap jika digoreng nipis sebab lebih terasa kerangupan. Walau rangup di luar tapi lembut di dalam. Asal resipi Chef Asma tapi saya olah sikit ikut kesesuaian.
Seperti biasa saya akan letak resipi asal dan olahan berasingan supaya tidak bercampur aduk. Jadi mudah untuk saya rujuk balik kemudian hari tanpa konfius.


BAKWAN JAGUNG
by House of SSK
source : Chef Asma

BAHAN-BAHAN :
  • 1 tongkol Jagung Segar | kikis ambil isi
  • 300 gm Tepung Gandum
  • 3 sdb Tepung Beras
  • 1 biji Telur
  • 1/2 sdt Garam Halus
  • 1 biji Cili Merah
  • 1 labu Bawang Merah Besar
  • 400-500 gm Air Suam atau secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN :
❀  Sebatikan semua bahan (adunan memang agak cair seperti waffle, kalau pekat tak rangup)
❀  Sudukan dalam minyak panas
❀  Goreng hingga garing
❀  Hidangkan dengan sos pencicah pilihan


Catatan HoSSK :
# telur (B)

# tepung beras... 40 gm
# air suam... 440 gm
# cili merah... 2 biji
# 1 kiub ikan bilis & sesuaikan rasa garam
# sedikit daun bawang
# lain-lain bahan sama



MASAK LEMAK CILI API KETAM UTARA

$
0
0

27 September 2019, Jumaat

Hari ini lambat sikit masukkan entri. Kebizian sikit kat dapur. Biar lewat macam mana tetap update. Nama pun dapur maya kesayangan. Bizi lagu mana pun cari juga masa luangkan waktu.

Menu ketam ni dah banyak kali buat. Sampai dah jadi feberet keluarga dah. First time buat style utara nih, terus depa suruh buat lagi dan lagi. Saya sendiri pun puas hati akan rasanya sebab tu rajin ja buat bila ada permintaan. Kepedasan yang sedang elok tak pedas sangat. Yang ini masukkan sayur apa yang ada dalam fridge. Belimbing untuk beri rasa masam-masam manakala kacang panjang tambah rasa manis pada kuah selain manis ketam.

Ok sampai sini dulu. Nak bereskan sikit lagi kerja kat dapur. Adios!


MASAK LEMAK CILI API KETAM UTARA
by House of SSK

BAHAN A :
  • 4 ekor Ketam
  • 2 batang Serai | dititik
  • 1 helai Daun Kunyit | koyakkan
  • 250 gm Santan Pekat Segar | asingkan sedikit untuk dimasukkan akhir sekali
  • 12 biji Belimbing Buluh | belah 2
  • 3 batang Kacang Panjang
  • Asam Gelugor
  • Garam
  • Gula
BAHAN B (kisar) :
  • 21 biji Cili Padi
  • 1 labu Bawang Merah Besar (medium size)
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1.5 inci Kunyit Hidup
  • 1 inci Halia

CARA PENYEDIAAN :
❀  Masakkan dulu Bahan (B)
❀  Setelah agak kering, masuk garam dan ketam. Kacau rata, tutup periuk dan biar seketika sambil dikacau sekali sekala
❀  Masuk santan, sedikit air (sekadarnya saja), serai, daun kunyit, sedikit gula dan asam keping dengan api sederhana
❀  Dah sedikit didih masukkan belimbing sambil selalu dikacau supaya santan tak pecah
❀  Masukkan pula kacang panjang
❀  Akhir sekali setelah belimbing dan kacang agak lembut masukkan santan yang diasingkan tadi
❀  Kacau rata dan seimbangkan rasa
❀  Hidangkan panas bersama nasi putih



BAWAL GORENG PANAS & SAMBAL BELACAN KICAP UTARA

$
0
0

30 September 2019, Isnin

Setiap kali ke Penang pasti tak lepas peluang singgah makan di Warung Bawal Goreng Kelapa Sawit Juru. Kadang tu bukan takat makan je... siap tapau lagi bawa balik. Selain bawal, kari sotong dia pun sedap. Kari yang pekat likat. Dua lauk tu je yang saya suka layan kat situ. Sekali dah pekena situ balik mesti terbayang bawal goreng dia yang garing sangat-sangat. Sambil makan sambil tengok depa goreng ikan. Sama je macam kita goreng ikan selalu. Dengan selamba sempat bertanya pada tokey kedai macam mana cara depa buat pencicah sambal kicap. Nasib saya baik. Tokey respon dengan ramah sekali tanpa selindung.

Mengambil inspirasi merangkap ubat rindu kat bawal goreng kelapa sawit juru nun, saya cuba pula di rumah guna koleksi yang ada. Ada kesempatan lain saya cuba pula sambal kicap versi tokey. Gandingan yang sepadan dengan Masak Lemak Cili Api Ketam haritu.


BAWAL GORENG PANAS
& SAMBAL BELACAN KICAP UTARA
by House of SSK

IKAN :

Ikan Bawal
❀  bersihkan - lumur dengan serbuk kunyit + garam
❀  goreng deep fried sehingga garing - angkat -tos


SAMBAL BELACAN KICAP UTARA

BAHAN A :
  • Cili Padi Merah
  • Cili Merah
  • Belacan | dibakar dahulu
  • Bawang Besar | direbus dulu
  • Gula
  • Garam
BAHAN B :
  • Kicap Manis
  • Serbuk Pati Ikan Bilis
  • Jus Limau Nipis

CARA PENYEDIAAN :
❀  Kisar semua Bahan (A) tapi jangan halus sangat
❀  Tuang dalam bekas dan masukkan Bahan (B), kacau rata
❀  Hidangkan sebagai pencicah ikan bawal goreng


Note :
# semua bahan untuk sambal belacan kicap adalah agak-agak mengikut sesuai selera



CUCUR UDANG Chef Amer

$
0
0

1 Oktober 2019, Selasa

Hari ni awal sikit entri. Lepas zohor nanti ada kerja sikit kena selesaikan sampai lewat petang mungkin juga sampai ke malam.

Nak share resipi cucur udang Chef Amer. Resipi ni simpan dah lama, buatnya tahun lepas. Baru-baru ni ada nampak chef kongsikan resipi cucur yang terbaharu kat fb. Bila dibandingkan ada sikit beza dengan yang saya kongsikan di bawah. Sebab saya dah cuba resipi yang mula-mula ni jadi share dulu yang ini.

Saya cuma buat half recipe daripada bawah. Itu pun banyak dapat. Resipi menyatakan 1 biji telur tapi sebab dalam fridge masa tu ada lebihan putih telur jadi saya guna putih telur saja. Ada bahan yang saya abaikan sebab takde stock. Ada yang saya lebihkan untuk cover bahan yang takde. Takat bahan sayuran boleh je kita tiadakan atau tambah. Yang penting bahan utama tepung dengan air perlu portion yang seimbang.

Hidangan cucur tak lengkap jika tiada pencicah. Jadi sebagai pelengkap saya buat kuah kacang. Kalau ada timun ke tauhu boleh juga potong-potong dan hidangkan sekali.


CUCUR UDANG
by House of SSK
rcp : Chef Amer

BAHAN-BAHAN :
  • 500 gm Tepung Gandum
  • 1 tsp Baking Powder
  • 1 tsp Yis Mauripan
  • 1/2 tsp Gula
  • 1 tsp Garam
  • 1 biji Telur
  • 1 sdb Udang Kering | kisar
  • 1 1/2 labu Bawang Merah Besar | cincang kasar
  • 3 tangkai Cili Merah | cincang kasar
  • 5 tangkai Daun Kucai/Sup | potong pendek
  • 30 gm Taugeh
  • 1 biji Kentang | parut kasar
  • 1/2 batang Karot | parut kasar
  • 300 gm Udang Putih Kecil | buang kepala & kulit
  • 500 ml Air


CARA PENYEDIAAN :
❀  Campur semua bahan dan sebatikan
❀  Perap sehingga adunan mengembang 2x ganda
❀  Goreng sehingga kekuningan, angkat dan tos
❀  Hidangkan bersama sos pencicah kesukaan


Catatan HoSSK untuk 1/2 rcp :
# telur putih saja... 2 sdb

# cili merah hiris halus... 2 biji
# kucai hiris... 6 tangkai
# bawang besar hiris... 1 labu medium 
# ubi kentang hiris halus memanjang... 1 biji
# udang besar dipotong kasar... 12 ekor
# udang kering... tumbuk
# taugeh & karot... tak ada so tak bubuh
# lain-lain bahan separuhkan




IKAN JENAHAK TUMIS RENDANG ASAM

$
0
0

02 Oktober 2019, Rabu

Mula-mula lihat ramuan dah dapat gambaran lima puluh peratus apa rasanya. Nak dapat gambaran penuh kena kerah tangan lembutkan jemari. Itulah yang membawa saya mencuba menu ini setahun lalu. Rupa simple tapi rasa sedap juga tau. Ada iras rasa masak cuka/taucu... masam-masam.

Ada masa kita didatangi rasa kurang selera makan dan tekak pula macam meminta lauk yang masam-masam. Mana tahu lauk ini salah satu jawapannya, kann.
Resipi senang jer. Orang sekarang kata apa... campak campak? Yang campak campak tulah selalunya buat kita makan lupa diri. Hehheh...
Cerita punya cerita rasa nak ulang buat pula untuk makan malam nanti tapi hero bukan ikan. Tetiba mai idea nak try something yang lain daripada ikan. 


IKAN JENAHAK TUMIS RENDANG ASAM
by House of SSK
source : Kak Ummi @ HSH

BAHAN-BAHAN :
  • 1 keping Ikan Jenahak/Merah/Tenggiri
  • 4 ulas Bawang Merah | hiris kasar
  • 3 ulas Bawang Putih | hiris kasar
  • 2 cm Halia | hiris halus
  • 1/4 cwn Air Asam Jawa
  • 3/4 cwn Santan Pekat
  • 1 tangkai Cili Merah | hiris serong
  • 1 tangkai Cili Hijau | hiris serong
  • 1 sdt Gula
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa tangkai Daun Ketumbar
  • Sedikit Serbuk Kunyit
  • Minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN :
❀  Bersihkan ikan, gaul dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga tiga suku masak. Angkat dan ketepikan
❀  Tinggalkan anggaran 4 sudu besar minyak gorengan dan tumis bahan hirisan dan cili hiris hingga wangi
❀  Masukkan air asam jawa dan kacau, biar mendidih sebentar
❀  Masukkan ikan dan kecilkan api, renih sekejap
❀  Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Balikkan ikan dan masak hingga kuah mendidih dan sedikit pekat
❀  Seimbangkan rasa masam dan lemak santan
❀  Padam api dan tabur beberapa tangkai daun ketumbar
❀  Sedia untuk dihidang dengan nasi putih


Catatan HoSSK :
# ikan... 3 keping kecil jenahak

# cili merah & hijau... capsicum hijau & merah
# skip santan ganti air





GULAI PAKIS PETAI

$
0
0

03 Oktober 2019, Khamis

Ada masa bila dah buntu sangat tak tau nak masak apa, akan selongkar balik majalah lama tak pun kitab lama resipi bertulisan tangan. Semua catatan tu daripada rancangan tv, radio mahu pun akhbar dulu dulu. Ketika itu samada suka atau tak suka paksa juga tulis. Bukan macam sekarang, senang... copy n paste. Waktu itu tulisan masih ada bentuk abjad dan boleh dibaca lagi.

Ingat lagi waktu darjah 4 dulu hanya saya dan dua tiga rakan, cikgu pilih benarkan tulis guna pen. Sementara rakan lain terus guna pensil. Cikgu pilih atas alasan tulisan cantik dan jarang silap dalam menulis. Jeles juga dorang tengok kami boleh guna pen hihi. Dan seawal usia sepuluh tahun juga sudah belajar menulis tulisan sambung. Laa ni semua dah lain... tulisan mengalahkan doktor... sendiri tulis sendiri tak boleh baca haha. Jauh beza dengan zaman sekolah dan uni dulu... member semua duk puji tulisan lawa. Sekarang nak dapat tulisan lawa tu balik jenuh. Tak bolehh... skill dah ke laut.


Ini pun salah satu resipi yang ditukil daripada kitab lama. Seingat saya diambil daripada akhbar tapi tahun tak ingat. Kebiasaannya resipi lama lama khusus lauk pauk, tak dinafikan hasil rasa memang tip top. Jarang yang tak menepati rasa. Ini pada pandangan saya lah.

Selepas bertahun-tahun terperap dalam kitab, lima tahun lalu buat pertama kali saya pun cuba. Memang sedap. Lepas lepas tu asal teringin gulai pucuk paku mesti buat yang ini. Lagi pun tak susah cari bahan semua boleh dapat kat pasar. Dengan gulai yang penuh aroma, hidang pula dengan nasi putih hangat, ikan goreng, sambal belacan diiringi ulaman sudah cukup menambat selera penggemar masakan kampung.


GULAI PAKIS PETAI
by House of SSK

BAHAN A :
  • 200-300 gm Pucuk Paku
  • 20 ekor Udang Besar
  • 6 papan Petai
  • 2 biji Limau Nipis | ambil jus
  • 2 cwn Santan Pekat Segar
  • 1/2 cwn Air
  • Pati Ikan Bilis (optional)
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
BAHAN B (tumbuk/kisar) :
  • 15 tangkai Cili Kering
  • 1 labu Bawang Merah Besar
  • 1 inci Kunyit Hidup
  • 3 biji Buah Keras
  • Sedikit Belacan

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan sedikit minyak dan tumis Bahan (B) sehingga wangi
❀  Masukkan udang dan goreng seketika
❀  Masuk santan dan air
❀  Apabila mendidih masukkan petai dan pucuk paku
❀  Perisakan dengan garam, gula dan pati ikan bilis
❀  Masak hingga pucuk paku empuk
❀  Akhir sekali sebelum tutup api masukkan jus limau


Note :
# petai boleh dikurangkan sesuai selera

# kuantiti air ikut kepekatan kuah sebab pucuk paku mengeluarkan air
# buah keras untuk memekat dan memberi rasa lemak
# belacan anggaran 1" atau boleh kurangkan
# masak gulai kena rajin kacau supaya santan tak pecah dan api kena perlahan




FRUITY PASTRY CAKE

$
0
0

04 Oktober 2019, Jumaat

Ingat lagi kek yang pernah meletup satu malaya sekitar tahun lalu.
First time saya buat May 2018, kek ni tengah hot. Merata mencari buah strawberry. Semua tempat kehabisan. Kuat betul penangan. Last terpaksa 'panjat' Gunung Jerai. Baru jumpa. Itu yang dapat buat second FPC ada strawberi. Selagi tak nampak merah merah strawberry atas kek rasa tak puas. Mesti nak ada juga.

Posting ini adalah FPC saya ke-3.
Selepas ke-3, ada buat lagi yang ke-4 resipi Chef Asma (maaf tak dapat share) dan ke-5 follow kat fb tapi tak puashati. Nasib baik strawberi senang dapat. So dapatlah make-up kan FPC dengan strawberi. Baru puas nengok ada bayang strawberi.

FPC yang gerenti jadi dan dijamin sedap!
Buah terletak elok tak tenggelam. Kek yang sangat moist dan manis just nice.
Ke-moist-an kek akan lebih terserlah selepas semalaman.


FRUITY PASTRY CAKE
by House of SSK
source : Cik Dayang Zuhaila

BAHAN A :
  • 125 gm Pure Butter
  • 130 gm Gula Kastor
  • 3 biji Telur (A)
  • 1/2 biji Lemon | ambil jus & parut kulit atau 2 sdb Sunquick
  • 2 sdb Susu Pekat Manis (utk lembap n moist)
  • 2 sdb Susu Full Cream
  • Secubit Garam Halus
BAHAN B :
  • 210 gm Tepung Superfine (jika tepung gandum ayak 3x)
  • 100 gm Plain Yogurt (nak sedap sour cream)
HIASAN :
  • Strawberry, Blueberry, Peach (jangan potong nipis nanti tenggelam)
  • Snow Powder

CARA PENYEDIAAN :
❀  Putar butter dan gula kastor hingga kembang, gebu, putih dan berkrim
❀  Masuk secubit garam, putar lagi
❀  Masuk telur satu persatu. Pastikan adunan di putar sebati selepas setiap kemasukan telur
❀  Masuk jus lemon, parutan kulit dan susu pekat, putar lagi
❀  Masuk susu full cream, putar lagi sebati
❀  Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan yogurt sambil diputar hingga sebati. Adunan agak pekat
❀  Alihkan mixer, kaupbalikkan adunan bagi rata
❀  Panaskan oven
❀  Sediakan loyang 9"sq/10" bulat dan alas baking paper
❀  Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Hentakkan loyang beberapa kali supaya adunan merata.
❀  Atur potongan buah. Letak saja jangan tekan. Buah tak perlu digaul dengan gula
❀  Bakar 160C api atas bawah 45 minit bergantung pada oven
❀  Ayak snow powder apabila menghidang (ayak tinggi supaya taburannya cantik)


Catatan HoSSK :
# lemon... 1 biji sunkist ambil jus dan parut kulit

# yogurt... yogurt Greek
# telur... 60 gm/each
# butter... Anchor unsalted
# peach... Hosen, belah 2
# strawberi... belah 2
# blueberi... biar sebiji-sebiji
# bakar seperti resipi selama 40 minit






KASWI TEPUNG BERAS

$
0
0

07 Oktober 2019, Isnin

Biasa kuih kaswi guna tepung gandum jarang sekali tepung beras. Kalau tepung gandum, tekstur kenyal lembut lembut manja. Manakala tepung beras, kenyal dan sikit padat tapi padat yang masih lagi lembut, bukan keras. Kuih kaswi ni ada penggemarnya sendiri. Tang mana sedapnya masing-masing punya jawapan tersendiri . Jika tanya saya, saya suka sebab rasa kenyal-kenyal. Tapi biarlah kenyal yang sedap. Kalau terlebih kenyal pun tak sedap juga. Dibandingkan kaswi melayu dengan kaswi nyonya, kaswi nyonya lagi lebih kenyal. Rasa kenyal kaswi sebab campuran tepung ubi. Kalau terlebih campur, kuih akan jadi liat dan tak sedap.
Masa geledah cari sana sini resipi kaswi tepung beras, salah satu yang jumpa resipi Zaimah ni. Tak rugi cuba. Two thumbs up!


KASWI TEPUNG BERAS
by House of SSK

BAHAN A :
  • 2 cwn Gula Merah
  • 2 cwn Air
  • 3 helai Daun Pandan
BAHAN B :
  • 2 cwn Tepung Beras
  • 2 sdb Tepung Ubi
  • 1 cwn Santan Pekat
  • 2 sdb Air Kapur (jangan terlalu jernih, ambil pekat sikit)
  • 1/2 sdk Garam

CARA PENYEDIAAN :
❀  Masak Bahan (A) hingga larut. Biarkan sejuk
❀  Campurkan semua Bahan (B) dalam satu bekas. Sebatikan dengan sirap gula merah. Tapis jika perlu
❀  Sapu sedikit minyak pada loyang
❀  Setelah kukusan mendidih, tuangkan adunan dalam loyang dan kukus selama 45 minit
❀  Dah benar-benar sejuk baru potong dan gaul dengan kelapa yang dicampur secubit garam.
❀  Sedia untuk dihidang






NASI DHAL

$
0
0

08 Oktober 2019, Selasa

Lama dah bookmark nak buat. Alhamdulillah berkesempatan juga.
Lembut dan rasa lemak lemak kacang dhal. Sedap!
Lauk mengiringi nasi, Ayam Masala. Pun best juga rasa ala klasik India gitew.
Jom intai resipi nasi dulu :)


NASI DHAL
by House of SSK

BAHAN A :
  • 3 cwn Beras Basmathi
  • 4.5 cwn Air Rebusan Ayam
  • 5 sdb Susu Sejat
  • 2 biji Tomato | potong 8
  • 100 gm Kacang Dhal Siap Rebus
  • Garam secukup rasa
BAHAN B (campur sedikit minyak semasa kisar) :
  • 1 labu Bawang Besar Merah
  • 6 ulas Bawang Putih
  • 3 cm Halia
  • 1 cm Kunyit Hidup
  • 10 biji Lada Hitam
BAHAN C (tumis) :
  • 2 inci Kulit Kayu Manis
  • 3 biji Pelaga | ketuk bagi pecah sikit
  • 1 kuntum Bunga Lawang
  • 3 kuntum Bunga Cengkih
  • 2 helai Daun Pandan | simpul
  • 1 batang Serai | dititik
  • 1 sdb Minyak Sapi
  • 3 sdb Minyak Jagung
BAHAN D (hiasan) :
  • 3 sdb Bawang Goreng

CARA PENYEDIAAN :
❀  Basuh beras, rendam 30 minit dengan campuran sedikit cuka dalam air rendaman (sukatan beras dan air guna cawan rice cooker). Toskan
❀  Panaskan minyak sapi sama minyak jagung dalam kuali
❀  Tumis Bahan (B) sehingga wangi dan agak garing
❀  Masukkan buah tomato, kacaukan sebentar
❀  Masukkan beras, gorengkan selama 10 minit sambil dikacau rata
❀  Masuk air rebusan, garam dan kacang dhal (untuk air rebusan, keluarkan sebanyak 5 sdb dan gantikan ia dengan susu sejat)
❀  Kacau rata lalu tuang ke dalam rice cooker. Biarkan sehingga nasi elok masaknya.
❀  Gemburkan nasi perlahan-lahan dan hidangkan dengan taburan bawang goreng




LEMBU PUNYA SUSU, SAPI DAPAT NAMA

$
0
0










09 Oktober 2019, Rabu

Sekali lagi berulang.
Cerita lama yang pernah menimpa ramai food bloggers.

Malam semalam dengan santai saya log in update facebook seperti biasa. Lepas update scroll sekejap. Ramai nyer lahai promosi macam-macam online PJJ. Sampai lah ke satu pjj yang menawarkan 4 serangkai kaswi. Rasa macam minat juga nak join sebab ada sejenis dua kaswi macam lain sikit. Tapi rileks dulu ambil tempoh bertenang. Sementara itu jari ligat search gugel. Search punya search membawa ke blog sendiri. Bila tengok balik laa dah buat rupanya dulu. Tapi mungkin tak sama seratus peratus kot dengan pjj tersebut. Then back to facebook... search facebook pula. Sebaik click aje... keluar semua pautan yang melibatkan gambar dan resipi daripada SSK. Tapi atas nama fb orang lain bukan saya. Of coz lah saya kenal gambar sendiri. Semua jumpa secara tak sengaja.

Ini bukan kali pertama saya jumpa nama pemilik akaun fb di atas.
Mula-mula saya jumpa tiga tahun lepas. Pun secara tak sengaja juga. Pemilik tersebut telah terang-terangan lagi bersuluh menyalahi etika mencuri gambar daripada blog ini tanpa meminta walau sepatah kebenaran daripada saya. Walhal di sidebar blog dah dipamerkan dengan jelas sekali di Copyright Reserved, 'Please Do Not Copy And Paste' untuk semua content termasuk gambar dalam blog. Jika ada yang tak perasan atau buat buat tak perasan sila baca dan fahamkan.

Saya bukan nak mendabik dada mengatakan gambar blog ini cantik. Tidak sama sekali. Gambar saya banyak lagi kekurangan dan kelemahan. Saya sendiri masih lagi belajar mendalami ilmu fotografi. Malah jika ada yang hubungi saya minta kebenaran, insyaallah saya akan izinkan. Apa cara untuk hubungi saya pun saya dah paparkan alamat emel di blog. Tapi kenapa masih ada insan insan yang tak bertanggungjawab terus mencuri dan mencuri sesuka hati. Bukan setakat curi, siap crop lagi buang watermark. Tak cukup dengan itu, selepas watermark saya dinyah... dengan rasa tak malu tepek pulak nama dia sendiri kat gambar. Pastu copy paste resipi bulat-bulat daripada sini then credit kan resipi atas nama dia sendiri. Kemudian share pula di group-group facebook seolah-seolah gambar dan resipi milik dia. Maka berduyun lah yang datang like, komen n share. Ada yang like tu pula di kalangan food bloggers yang saya tahu. Macam mana sang sang lanun nak insaf kalau apa yang mereka buat terus mendapat sokongan padu daripada likers.

Saya pelik sangat sangat. Kemana hilangnya adab budi bahasa dan rasa malu. Tak ada rasa malu walau sebesar zarah ke ambil hasil karya titik peluh orang lain dan mengaku itu hasil karya sendiri?

Bukan saya nak nama ke apa tapi cukup hasil penat lelah saya dihargai. Bukan dipandang enteng dipijak sesuka hati. Mungkin hanya sesetengah food bloggers saja yang faham bagaimana susah payahnya demi untuk satu entri. Untuk satu entri saja saya kena habiskan masa hampir sehari suntuk. Daripada menyiapkan bahan, memasak, setup untuk sesi fotografi, mencari angle yang baik, cahaya yang bagus, menonggeng, meniarap, memanjat... semua tu tak terkecuali bagi mendapatkan gambar yang elok. Sampai kadang tu sakit sakit pinggang sebab ada angle akan menyebabkan pinggang sakit. Sakit sakit ini bukan pengakuan daripada saya seorang. Tanyalah pada mana mana phopers pun semua mereka akan cakap yang sama.

Itu baru part masak dan ambil gambar. Belum lagi step-step lain yang perlu dilakukan sehinggalah entri dapat di publish. Semua itu menggunakan tenaga, masa dan buah fikiran. Bagaimana saya tak sakit mata sakit hati bila orang buat macam tu. Orang-orang sebegini biasanya tak makan saman. Diberi kata dua pun habis-habis mereka akan buat dono aje. Saya ingat dia curi satu rupanya banyak. Kat atas tu semua image yang saya dah screenshot. Semua resipi itu kalau uoll nak tengok cari je kat index. Ini yang saya tahu dan jumpa depan mata. Di belakang yang saya tak tahu entah berapa banyak lagi ada. Sebelum kes dia ni ada juga dulu kes lain katanya berniaga... curi gambar SSK, crop buang watermark then gunakan gambar tu untuk promosi product dia. Saya tegur pun tak jalan apa apa. Dengan bangganya dia jadikan gambar itu seolah-olah kepunyaan sendiri untuk lariskan jualan.

Tak tahu nak cakap apa dah. Mungkin dunia dah akhir zaman. Orang yang menipu dan tak jujur disanjung dipuja dikejar. Sedangkan orang yang berlaku jujur dibuang dan dianggap menipu. Berapa banyak komen yang saya terima cakap saya ni menipu dalam berkongsi resipi. Ada yang kata saya ambil gambar yang cantik-cantik daripada gugel then paste kat blog. Untuk apa saya nak buat semua macam tu kalau akhirnya akan musnahkan blog saya sendiri. Tapi semua tu saya simpan tak pernah kongsikan. Bagi saya biarlah yang pahit itu saya seorang yang tahu.

Apa pun saya respect pada site owners dan orang perseorangan yang emel kepada saya mohon kebenaran untuk gambar dan artikel di SSK. Sekurangnya masih ada insan yang kenal erti usaha susah payah orang lain.




Viewing all 285 articles
Browse latest View live