Quantcast
Channel: Singgahsana Kitchen
Viewing all 285 articles
Browse latest View live

AYAM MASALA Chef Wan

$
0
0

11 Oktober 2019, Jumaat

Lauk iringan Nasi Dhal.
No komen sebab resipi Chef Wan dah semestinya mabeles.
Bahan lain semua cukup, yogurt je tak ada. Sedangkan resipi perlukan yogurt. Hati pula tak menyempat nyempat nak tunggu hari lain... berkeras juga nak buat jap jap tu. So jalan senang, ambil susu sejat campur cuka... dah siap ganti yogurt. Pastu dah boleh terus ikut kata hati hehe...


AYAM MASALA
by House of SSK

BAHAN A :
  • 2 sdm Minyak Sapi
  • 4 sdm Minyak Masak
  • 2 labu Bawang Besar | hiris halus
  • 2 kuntum Cengkih
  • 3 biji Pelaga
  • 400 gm Dada Ayam | potong ketulan kecil
  • 2 sdm Tomato Puree
  • 150 gm Susu Sejat
  • Segenggam Daun Ketumbar | cincang kasar
  • 2 biji Cili Hijau | buang biji - cincang
  • Air ikut keperluan
  • Garam & Gula Perang secukup rasa
BAHAN B (sebatikan) :
  • 100 gm Susu Sejat
  • 1 sdm Cuka Makan 
BAHAN C (disatukan) :
  • 2 sdt Serbuk Ketumbar
  • 2 sdt Garam Masala
  • 1 sdt Serbuk Cili
  • 1 sdt Serbuk Lada Hitam

CARA PENYEDIAAN :
❀  Panaskan minyak sapi bersama minyak
❀  Tumis bawang hiris, cengkih dan pelaga sehingga bawang lembut
❀  Masukkan Bahan (C) bersama ayam. Goreng dengan api sederhana sehingga naik bau. Pastikan selalu dikacau supaya tak hangit
❀  Masukkan tomato puree, susu sejat dan sedikit air. Masak sehingga kuah pekat
❀  Perisakan dengan garam dan gula
❀  Masuk Bahan (B), daun ketumbar dan cili hijau. Masak sampai kuah pekat kuah yang disukai
❀  Hiaskan ikut selera dan hidangkan bersama nasi ketika masih panas





WAKTU KIAN SINGKAT

$
0
0

15 Oktober 2019, Selasa

Suatu hari aku terbangun dan menyedari bahawa aku tak bisa menyentuh hari kelmarin. Lalu mengapa aku membiarkannya menyentuh ku?

Hidup ini semakin singkat dan tidak pasti. Aku mahupun sesiapa tidak pernah tahu bila giliran nama akan dipanggil. Setiap pagi terbuka mata ku awali hari dengan Bismillah, akhiri dengan Alhamdulillah. Dan di kesempatan nadi masih berdenyut, senyum dan ucapkan Subhanallah.

Waktu kian mendekat. Bersisa entah sampai bila. Justeru usah sia-siakan dengan melihat kembali apa yang telah hilang dari hidup. Tetapi aturkan langkah maju terus kerana hidup ini bukan untuk dilalui dengan mundur ke belakang. Segala sesuatu di dunia ini bergerak ke depan, bersiap untuk memulai musim yang baru, dan seharusnya aku juga begitu.

Waktu milik Maha Pencipta yang dipinjamkan ini sungguh tak ternilai harga. Ku tak bisa memilikinya, tapi bisa menggunakannya. Ku tak bisa menyimpannya, tapi bisa membelanjakannya. Namun sekali aku kehilangannya, maka tak akan pernah bisa mendapatkannya kembali. 


Sesungguhnya kehidupan manusia adalah kumpulan dari waktu. Sesaat masa berlalu, sesaat usia berkurang. Hari kelmarin tak bisa terulang, hari ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin, serta hari esok yang tak seorang pun tahu.

"Masa itu ibarat mata pedang. Sekiranya leka maka mata pedang itu yang akan memenggal kita"

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati supaya mentaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran.” (Surah al-Asr 103:1-3)



SAMBAL TEMPOYAK PUCUK UBI

$
0
0

17 Oktober 2019, Khamis

Hidangan tradisional yang enak. Kalau bulan puasa berbuka nasi sangat dicari-cari buat tambah selera. Biasa orang buat campur macam-macam jenis sayur kampung. Tapi saya buat yang senang jumpa depan mata je. Tempoyak pula saya campur... separuh tempoyak biasa, separuh tempoyak ready made jenama Vias. Boleh tahan sedap juga Tempoyak Vias ni.
Masak gini kuah kena pekat dan sayur betul-betul lembut baru sedap. Santan kena segar, sayuran kena segar baru dapat rasa lemak-lemak manis yang asli dan aroma yang fresh. Hidangan ini lebih sedap dimakan sehari selepas dimasak.


SAMBAL TEMPOYAK PUCUK UBI
by House of SSK

BAHAN A :
  • 200 gm Tempoyak
  • 250 gm Santan Pekat Segar | asingkan 50 gm untuk dimasukkan akhir
  • 1/2 kiub Pati Ikan Bilis
  • 1/2 cwn Air | jika perlu
  • Sedikit Terung Pipit
BAHAN B (tumbuk) :
  • 1.5 inci Kunyit Hidup
  • 12 biji Cili Padi
  • Garam
BAHAN C (dihiris) :
  • 5 ulas Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 100 gm Isi Petai
  • 2 batang Serai
  • 1 biji Cili Merah
  • 250 gm Daun Pucuk Ubi
  • 2 helai Daun Kunyit

CARA PENYEDIAAN :
❀  Masukkan Bahan (B), tempoyak, santan dan kiub ikan bilis ke dalam periuk. Didihkan di atas api sederhana sambil dikacau perlahan-lahan
❀  Masukkan terung pipit. Renihkan selama 5-10 minit dan kacau lagi
❀  Tambah hirisan bawang merah, bawang putih, serai, petai, cili merah dan kacau biar rata
❀  Masukkan hirisan daun pucuk ubi, daun kunyit dan kacau.
❀  Setelah semua sayur dah lembut, masukkan santan yang diasingkan tadi, kacau rata
❀  Rasakan garamnya. Jika sudah cukup rasa boleh padamkan api




KEK SARANG SEMUT

$
0
0

18 Oktober 2019, Jumaat

Kek sarang semut yang saya cuba dua tahun lalu. Nak dijadikan cerita waktu tu teringin sesangat nak buat selepas bertandang rumah sedara. Selain dijamu makan tengahari, tuan rumah juga jamu kek sarang semut yang lembut sangat sedap. Nak makan banyak segan pula. Nak tanya resipi lagi segan. Balik rumah macam-macam sumber dicari, semua versi perap. Part perap memerap yang malas, lama nak tunggu. Masa tu versi tak perap macam tak ada... hampir kebanyakan suruh perap nak bagi cantik bersarang. Last jumpa resipi ini... perap boleh tak perap boleh, pastu nak kukus ke bakar suka hati. Apalagi laju jela buat. Saya tak perap dan pilih untuk kukus. Yesss... dapat juga buat kek sarang semut yang lembutt, sedapp dan manis pun sedang elok. Cuma sarangnya macam kurang meriah. Nantilah bila-bila 'R' datang nak cuba lagi sampai dapat... biar penuh dengan sarang.


KEK SARANG SEMUT
by House of SSK
source : Fb Ida Shahida

BAHAN A :
  • 1 cwn Gula Pasir
  • 1 cwn Air Panas
  • 3 sdb Butter

❀  Goreng gula dengan api sederhana sampai cair dan warna perang yang cantik
❀  Masukkan air panas perlahan-lahan, biar gula larut
❀  Padam api dan terus masukkan butter, kacau sampai butter cair
❀  Ketepikan


BAHAN B :
  • 4 biji Telur
  • 3/4 cwn Susu Pekat Manis
  • 1 cwn Tepung Gandum
  • 2 sdt Soda Bikarbonat
  • 1 sdt Eseb Vanila

❀  Mixer telur sampai kembang
❀  Masukkan susu pekat dan mixer hingga rata
❀  Masukkan tepung dan soda yang diayak terlebih dahulu diikuti esen vanila, kaupbalik sebati
❀  Akhir sekali masukkan gula hangus tadi, kacau dan sebatikan
❀  Sediakan loyang, sapu sedikit butter keseluruhan loyang. Alas dengan baking paper seluruh atau bahagian dasar sahaja. Sapukan butter atas baking paper
❀  Tuangkan adunan ke dalam loyang
❀  Bakar pada suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu



Panduan & Tips by Ida Shahida :

- Resipi boleh dibakar terus tanpa perlu diperap. Tetap sedap cuma kejadian sarangnya kurang cantik

- Jika nak perap, perap selama 3-4 jam dalam bekas bertutup rapat untuk mendapatkan sarang yang cantik. Sepanjang proses pemerapan tidak boleh sesekali dibuka atau sekejap buka sekejap tutup. Selepas diperap kacau dulu sekejap dengan senduk kayu/spatula sekadar untuk sebatikan adunan baru pindahkan ke dalam loyang

- Boleh dikukus ataupun dibakar. Jika dikukus, selama 50-60 minit atau bakar selama 40 minit 180C

- Warna kek bergantung pada warna gula hangus yang dimasak. 
Masa proses memasak gula hangus, sentiasa dikacau sampai menjadi karamel/warna perang. Cuma gula jangan terlebih hangus nanti kek akan rasa pahit.

- Telur jangan di mixer terlalu lama kerana akan mengeringkan kek. Mixer sekadar berbuih anggaran 2-3 minit sahaja

- Semasa masuk susu dan tepung, kacaukan sekejap saja. Ini akan membuatkan kek jadi lembap dan lembut

- Sekiranya dikukus, tutup loyang dengan aluminium foil berbanding balut dengan kain supaya kek lebih cantik. Caranya, mesti tinggikan sedikit foil daripada tinggi loyang supaya apabila dikukus kek dapat naik dengan sempurna dan permukaan kek tidak menyentuh foil. Sekiranya dibakar, tak perlu ditutup dengan foil


- Kukus dengan api kuat dari mula sampai selesai dan jangan dibuka kukusan sehinggalah cukup tempoh masa mengukus

- Untuk dapatkan potongan yang cantik dan berlubang, belah kek di tengah dan tengok arah urat. Kemudian potong kek secara melintang urat.




SPAGHETTI GORENG CILI TUNA

$
0
0

22 Oktober 2019, Selasa

Kalau tahun lalu Gegar Vaganza GV5 tak follow sangat tapi GV6 ini tepat jam 9 saya dah duduk depan tv. Live dah tengok, petang semalam ulangan tengok lagi sebab suka nyanyian Naqiu Boboy. Pertama kali dengar Naqiu nyanyi lagu 'Episod Cinta' di minggu pertama terus minat... sampai cari kat youtube tak jemu dengar ulangkali. Minggu ke-2 baru ni lagu 'Meraung' yang dipopularkan oleh Tomok. Wowww dahsyatt! Padu dan mantap. Ekspresi mukanya ketika melantunkan lagu jelas menampakkan sepenuh penjiwaan. Hinggakan yang mendengar juga turut terpaku menghayati sama cerita di balik lagu. Suara yang besar, serak serak basah ala ala rock bila mencapai tone tinggi mencantikkan lagi alunan lagu yang dibawa. Apa yang mak nujum ni lihat jika dia terus konsisten tak mustahil juara GV6 nanti akan menjadi miliknya. 

Lepas habis GV tu baru terpikir nak masak apa untuk dinner. Ingat simple simple je dah. Nak menggulai ke mengari menyambal hari dah petang. Fikir punya fikir jarum jam menginjak 5 lebih. Menu spaghetti goreng yang terlintas. Idea asal daripada Danish Harraz tapi saya olah sikit ikut selera sendiri. Selesai masak dah senja... hari pula hujan... matahari tak nampak bayang... mood snap gambar pun hilang sehilangnya cahaya ditelan gelap malam. Tak apalah ada gambar seketul pun jadilah... janji gambar sendiri. Jom layan resipi ringkas tapi mewah rasa. Pedas sudah semestinya. Tak susah mana just campak campak kacau dan goreng.


SPAGHETTI GORENG CILI TUNA
by House of SSK

BAHAN A :
  • 500 gm Pasta Spaghetti
  • 3 ulas Bawang Putih| dicincang
  • 4 biji Tomato | potong dadu
  • 1 tin Spicy Chili Tuna (Ayam Brand)
  • 1 tin Cendawan Butang | dihiris
  • 250 gm Udang
  • 250 gm Sotong
  • 2 sdt Garlic Powder
  • Brokoli
  • Serbuk Lada Hitam
  • Cili Padi
  • Garam
  • Minyak Zaitun

CARA PENYEDIAAN :
❀  Rebus pasta dalam air mendidih bercampur sedikit minyak zaitun dan garam. Angkat dan tos
❀  Dengan air rebusan yang sama, celur brokoli. Angkat dan tos
❀  Panaskan minyak zaitun secukupnya dalam kuali.
❀  Tumis cincangan bawang putih sehingga wangi dan kekuningan
❀  Masukkan tomato, biarkan menjadi agak caramelised
❀  Masuk pula udang dan sotong, kacaukan sekejap
❀  Masukkan cendawan, kacau goreng lagi
❀  Masukkan garlic powder, garam dan sedikit air sekadar bagi lembap supaya tak kering
❀  Masukkan tuna, kacau rata
❀  Seimbangkan rasa garam dan tambah serbuk lada hitam, kacau rata
❀  Akhir sekali masukkan pasta, gaul rata
❀  Kemudian masukkan brokoli, gaul hingga betul-betul rata
❀  Tabur hirisan cili padi waktu menghidang


Catatan HoSSK :
# menambah garlic powder memberi aroma dan extra rasa yang lebih sedap

# resipi dapat banyak so kalau nak buat sikit adjust sesuai selera



MIXED BERRIES MUFFIN

$
0
0

23 Oktober 2019, Rabu

Jika tak ada idea nak buat apa dengan tepung roti yang berbaki sikit sikit, apakata cuba buat muffin. Selain muffin kek pun boleh. Saya ada post dulu kek menggunakan tepung roti. Walaupun tepung roti kejadian muffin atau kek tetap lembut dan moist.

by House of SSK
source : Florence @ Do What I Like

BAHAN A :
  • 45 gm Tepung Roti
  • 100 gm Tepung Superfine
  • 1/2 sdt Baking Powder
  • 1/4 sdt Soda Bikarbonat
  • 55 gm Gula Kastor
  • Secubit Garam
  • 3/4 cwn atau lebih Campuran Strawberi & Blueberi
BAHAN B :
  • 1 biji Telur | dipukul ringan
  • 2 sdb Susu Segar
  • 120 gm Yogurt
  • 60 gm Butter Cair
  • 1/2 sdt Esen Vanila

CARA PENYEDIAAN :
❀  Campurkan semua Bahan (A)
❀  Dalam bekas lain, satukan semua Bahan (B) dan whisk sebati
❀  Masukkan (A) ke dalam (B) dan kacau rata dengan 5 kali kaupbalik. Jangan overmix
❀  Sudukan adunan ke dalam muffin cup sepenuh 80%
❀  Bakar suhu 190C selama 20-30 minit atau sehingga masak


Note :
# selain strawberi + blueberi boleh campurkan juga raspberi

# butter... boleh juga guna campuran 50 gm butter + 10 gm minyak jagung




BROWNIES MARBLE CHEESE

$
0
0

31 Oktober 2019, Khamis

Coklat & cheese... serasi bersama


BROWNIES MARBLE CHEESE
by House of SSK

BAHAN A :
  • 125 gm Butter
  • 250 gm Dark Chocolate Compound
  • 30 gm Serbuk Koko
BAHAN B :
  • 120 gm Gula Kastor
  • 150 gm Tepung Gandum
  • 3 biji Telur (A)
  • Esen Vanila
BAHAN C (cheese) :
  • 250 gm Cream Cheese
  • 80 gm Gula Aising (atau kisarkan gula kastor)
  • 2 biji Telur (A)
  • 1 tsp Tepung Jagung
  • Esen Vanila


CARA PENYEDIAAN :

Lapisan Brownies
❀  Double boil butter+coklat hingga cair.  Dah cair padam api terus masukkan serbuk koko, kacau hingga sebati dengan hand whisk
❀  Masuk gula dan kacau lagi rata
❀  Masukkan telur satu persatu sambil dikacau rata diikuti esen vanila. Adunan akan jadi pekat
❀  Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kacau rata. Masa ini adunan jadi likat
❀  Sediakan loyang 9"sq, alas dengan baking paper dan lebihkan keliling
❀  Asingkan 2 sudu besar adunan untuk corak atas lapisan cheese nanti. Selebihnya tuang ke dalam loyang. Kalau nak bubuh badam nib pun boleh terpulang, tabur saja
❀  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu suhu 160C api atas bawah selama 30 minit atau sehingga masak

Lapisan Cheese
❀  Pukul cheese+esen vanila hingga lembut
❀  Masukkan telur, pukul hingga sebati
❀  Masuk tepung jagung, kacau rata
❀  Selepas brownies masak, sebaik keluar daripada oven terus tuangkan cheese
❀  Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi ke dalam piping beg dan paipkan atas cheese. Lorekkkan ikut suka
❀  Bakar lagi api atas bawah 10-15 minit dan lapisan cheese kering bila disentuh




URAP PUCUK UBI

$
0
0

01 November 2019, Jumaat

Pertama kali merasa urap pucuk ubi ni sedapnyer lahaii... Layan dengan nasi putih hangat terus tak nampah lauk lain dahh. Pedas pedas, lemak lemak kelapa, lemak masin udang kering, aroma wangi daun kunyit dengan cekur, manis bawang, taugeh yang crunchy... menjadikan menu tradisi ini bergabung rasa dengan cukup baik sekali. Yang berdiet ratah gitu pun sedap memang kenyang dibuatnya. Kerana puashati dengan rasa maka saya panjangkan resipi di sini.


URAP PUCUK UBI
by House of SSK
source : Irni Maizura

BAHAN A :
  • 1 ikat penuh Pucuk Ubi | bersihkan - rebus + sedikit minyak - potong agak kecil (jangan lebar-lebar)
BAHAN B (kisar agak-agak halus) :
  • 4-5 biji Bawang Besar
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 4 biji Cili Merah
  • 5 biji Cili Padi Siam/Akar/Kampung
  • 2 sdb Udang Kering
  • Ubi Cekur (nak lagi sedap lebihkan)
  • Sedikit Belacan
  • Sedikit Kunyit Hidup
BAHAN C :
  • 1 biji Cili Merah | hiris
  • 1 mangkuk kecil Taugeh
  • Sedikit Daun Kunyit | hiris halus
  • Sedikit Daun Cekur | hiris halus
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Kelapa Parut Putih yang muda aggaran 1 mangkuk 

CARA PENYEDIAAN :
❀  Tumis Bahan (B) sehingga agak kering
❀  Masukkan kelapa parut, gaul-gaulkan hingga rata
❀  Perisakan dengan garam dan gula, kacau rata
❀  Masukkan pucuk ubi, gaul lagi
❀  Akhir sekali masuk taugeh, daun kunyit, daun cekur, cili merah dan gaulkan serata sekejap
❀  Padamkan api dan sedia untuk dihidang





JUMPA SUDAH...

$
0
0

Akhirnya jumpa juga kat Mydin USJ. Jauh juga dari rumah ke sini. Sanggup redah semata nak tangkap Sos Korea Adabi. Berminggu cari keluar masuk dua tiga mydin, pasaraya lain pun... semua takde. Kat shopee pulak out of stock. Terlanjur dah jumpa rembat lah dua botol sekali.






PUDING BROWNIES

$
0
0



03 Disember 2019, Selasa

PUDING BROWNIES
by House of SSK

BAHAN A :
  • 10 gm Agar-Agar Serbuk
  • 1 ltr Susu UHT
  • 90 - 100 gm Gula
  • 4 keping Roti Tawar | buang kulit tepi
  • 2 biji Kuning Telur
  • 100 gm Cooking Chocolate
  • 25 gm Chocolate/Cocoa Powder
  • 2 sdm Susu Pekat Manis Coklat

CARA PENYEDIAAN :
❀  Blend roti, chocolate powder dan sebahagian susu sehingga halus
❀  Tuang dalam periuk dan masukkan bahan-bahan lain
❀  Kacau sampai pekat dan mendidih
❀  Tuang dalam acuan dan sejukkan




KUIH LAPIS TINTA PELANGI

$
0
0

03 Disember 2019, Selasa

KUIH LAPIS TINTA PELANGI
by House of SSK

BAHAN-BAHAN :
  • 240 gm Tepung Beras
  • 120 gm Tepung Gandum
  • 200 gm Gula Pasir
  • 200 gm Santan Pekat
  • 1 kg Air
  • 1 tsp Garam
  • 1 tsp Esen Vanila
  • 1 sdb Minyak Masak
  • Pewarna

CARA PENYEDIAAN :
❀  Satukan dan sebatikan semua bahan kecuali pewarna
❀  Bahagi kepada beberapa bahagian dan warnakan
❀  Kukus setiap lapisan selama 10 min




Catatan HoSSK untuk rujukan sendiri :
# tested 1/2 rcp 6"sq

# asingkan 1 senduk kecil for 6 color - merah/oren/lemon yellow/dark green/biru/purple
# selebihnya biar plain @ 690g
# layer putih 6 layer ,115g each kukus 6 minit api besar
# sudukan each color berselang2 atas layer putih yg dh masak kukus lbhkrg 6 min.. bila sentuh kering
# last layer putih kukus anggaran 8 min.. lpas tu buka penutup biarkan api kecil dlm 5 min


NASI LEMAK ROYALE & SET LAUK

$
0
0
03 Disember 2019, Selasa

Gigih menerai nasi lemak royale berinspirasikan nasi lemak royale Loq Staq nun
Resipi daripada Ida Shahida berlaukkan setnya tersendiri... nasi lemak tumis, udang goreng masak kari dan ayam goreng berempah
Cumanya ceq follow nasi ja lauk ceq buat lain
Nak tau ceq buat lauk apa baca sampai abih noo...
Overall memang puashati, marvellous!


Menurut empunya resipi, nasi lemak royale sama ja macam masak nasi minyak cuma bezanya guna santan. Kalau tak suka santan, boleh buat nasi minyak atau boleh kurangkan sikit santan
Bahan dan cara buat just follow this rcp
Nasi lembut, bestt

NASI LEMAK ROYALE
by House of SSK
❀  3 cwn Beras | cuci bersih - tos - rendam dengan 1/2 cwn Air + 1 1/2 sdb Serbuk Kunyit - biarkan selama 15 -30 minit - bersih & toskan - jadi sekarang beras bewarna kuning
❀  Dalam kuali masukkan minyak 3 sudu besar dan panaskan (SSK guna 1 sdb majerin + 2 sdb minyak masak)
❀  Setelah minyak panas tumiskan
- 6 ulas bawang merah | dimayang
- 5 ulas Bawang putih | dimayang
- 1 labu Bawang besar | potong dadu
- 1 inci Halia | dimayang
- 3 Bunga lawang
- 2 Kulit kayu manis
- 5 Biji pelaga
- 4 Bunga cengkih
- 10 biji Lada hitam
- 2 helai daun pandan
(** ada lagi satu cara untuk memasak nasi ini ialah dengan memasukkan kesemua bahan diatas kedalam periuk berserta dengan beras, garam dan gula serta ajinomoto sekali . Rebus naik saja macam kita masak nasi biasa iaitu tanpa ditumis apa apa)
❀  Bila dah bau wangi bawang dan bawang garing masukkan beras. Sederhanakan api dapur dan kacau kacau takut hangus. Kacau sampai minyak meresap semuanya kedalam beras. Padamkan api.
❀  Masukkan beras tadi kedalam periuk letrik ‘cooker’ + 4 cwn Air Panas + 100 ml @ 1/2 cawan Santan Kotak (sukatan air bergantung kepada beras yg diguna, cuma adalah lebih baik jika anda mengurangkan sedikit air dari kebiasaan anda masak nasi sebab kita masukkan santan dan minyak jadi ini juga akan membantu melembutkan nasi nanti)
❀  Tambah 1 sdb Gula, 1 sdk Garam Kasar (sesuai selera), Daun pandan, Ajinomoto (optional). Masaklah seperti biasa.
❀  Jika nasi dah masak agak keras atau kurang air sila tambah air panas 1/2 cawan kedalamnya sambil menggemburkan nasi. Seeloknya bila semua bahan dah dimasukkan ke dalam periuk, rasai dahulu masin manisnya jika ada terkurang tambah. Penggunaan air panas perlu untuk nasi masak dengan elok dan sekata

Link Resipi Untuk 1 Set :

UDANG GORENG KARI  https://m.facebook.com/idashahidazulaikha/photos/a.312864815533913/1330805640406487/?type=3&source=48
AYAM GORENG REMPAH MAMAK
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1331441190342932&substory_index=0&id=312061365614258
KUAH KARI MAMAK KOSONG https://m.facebook.com/idashahidazulaikha/photos/a.879380282215694/1235934156560303/?type=3&source=57
CARA MUDAH MASAK NASI LEMAK TUMIS  https://m.facebook.com/idashahidazulaikha/photos/a.312864815533913/1330904440396607/?type=3&source=48



Pekena dengan nasi, mantap!

UDANG GORENG KARI
by House of SSK
source : DayangJack@DapurKu SaYang

BAHAN-BAHAN :
  • 10 ekor Udang XL | bersihkan - lumur sedikit serbuk kunyit & garam
  • 1 labu Bawang Besar | mayang
  • 3 ulas Bawang Putih | cincang
  • 1 inci Halia | cincang
  • 2 sdb Serbuk Kari Ikan | bancuh dengan sedikit air
  • 1 sdk Biji Sawi
  • Sedikit Serbuk Cili (optional)
  • 1 tangkai Daun Kari
  • 1 sdk Gula Perang/Gula Pasir

CARA PENYEDIAAN :
❀  Goreng udang hingga masak. Ketepikan
❀  Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi hingga naik bau
❀  Masukkan daun kari, bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga pecah minyak
❀  Tambah sedikit air jika perlu
❀  Perasakan dengan garam dan gula.
❀  Akhir sekali barulah dimasukkan udang goreng tadi. Gaul-gaulkan sebati
❀  Angkat dan hidangkan


Catatan HoSSK :
# tambah 1/4 tsp pes asam jawa



Kena renih agak lama baru terbit minyak. Punn sedap!

SAMBAL TUMIS TELUR REBUS
by House of SSK

BAHAN A :
  • 7 biji Telur | rebus & kupas kulit
  • 1 sdk Pes Asam Jawa Adabi
  • 1 sdb Sos Tiram
  • 1 sdb Sos Tomato
  • 1 labu Bawang Besar | hiris bulat
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Air secukupnya
BAHAN B (kisar halus) :
  • 7 ulas Bawang Merah
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 keping hirisan Halia (sikit je ye)
  • Sedikit Belacan
  • 11 tangkai Cili Kering | rebus & kisar asing dengan bahan lain
  • 3 tangkai Cili Merah

CARA PENYEDIAAN :
❀  Goreng telur hingga berubah kepada warna agak keperangan, angkat dan toskan
❀  Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana panas dan masukkan bahan kisar
❀  Masukkan gula... masuk awal supaya warna sambal akan cantik dan agak gelap. Tumis sehingga pecah minyak kemudian kecilkan api. Renihkan perlahan-lahan sehingga sambal kelihatan garing dan warna lebih gelap
❀  Seterusnya masukkan air serta asam jawa dan bawang besar yang dipotong bulat. Teruskan memasak sehingga kuah sambal menjadi agak pekat
❀  Perasakan dengan garam, sos tiram, sos tomato, serbuk perasa jika suka. Kacau seketika dan sesuaikan rasa mengikut citarasa
❀  Masukkan telur rebus yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sambal bersalut dengan telur
❀  Hidangkan dengan menu pilihan lain


Catatan HoSSK :
# kena renih lama sampai terbit minyak

# masa masuk air masuk jugak segenggam ikan bilis + 1/4 labu bawang merah besar med size yang dikisar
# tmbh sikit je pati ikan bilis
# 1 sdm paras biasa gula perang
# 1 1/2 cwn air



Ikut rasa juri yang merasa, depa kata kurang rasa rempah. So lain kali adjust

AYAM GORENG BEREMPAH MAMAK
by House of SSK

BAHAN-BAHAN :
  • 1 ekor Ayam | potong 8 - cuci bersih
  • 3 sdb Tepung Jagung
  • 1 sdb Tepung Beras
  • 1 sdb Pes Halia
  • 1 sdb Pes Bawang Putih
  • 1 sdb Rempah Kari Daging
  • 1 sdb Serbuk Cili
  • 1 sdb Serbuk Kunyit
  • 1 sdk Lada Sulah
  • 1 biji Limau Nipis
  • 1 sdk Gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN :
❀  Gaulkan rata tepung jagung, tepung beras bersama bawang putih dan halia
❀  Masukkan serbuk kari,serbuk cili, serbuk kunyit, lada sulah, garam, gula dan perahan air limau nipis. Kacau rata
❀  Masukkan ayam dan sedikit air. Perap selama 20- 30minit
❀  Goreng ayam secara deep fry. Waktu masukkan ayam pastikan minyak betul-betul dah panas. Lepas ayam dah masuk perlahankan api dan gorengkan hingga garing. Angkat & toskan.
❀  Siap untuk dihidangkan.
❀  Boleh juga digoreng size besar. Lepas goreng potong-potong ala2 macam kat kedai mamak


KHANOM TUAY II

$
0
0

Dessert yang memberi tuah padaku kerana terpilih sebagai winner dalam Maraton Ramadhan 2019 anjuran Cookpad Malaysia kategori Manisan.
Alhamdulillah rezeki dari-Nya...


Percubaan yang sukses! Sedap giler dengan kelembutan yang gemalai
Yang ini resipi lain, tak sama dengan resipi yang sudah dikongsi dahulu. Bahan dan sukatan berbeza sama sekali.


STEAMBOAT HOMEMADE

$
0
0


Bahan Untuk Kuah Steamboat:
1500 g air
10 ekor udg besar
1 kiub pati ayam
1 bj telur, pukul ringan
garam n gula secukup rasa

Bahan Sampingan:
pak choy
cendawan
bhn steamboat lain

Cara:
didihkn air
masuk telur kacau biar didih
masuk udg, kiub ayam, garam, gula
dh didih add semua tauhu2 tutup periuk
baru masuk crabstick, cendawan, pakchoy
dh cukup rasa tutup api


Sos Pedas Steamboat

10 bj cili api
7 ulas bwg putih
tumbuk dua2 bahan
kacau sebati dgn sos cili

Hidangkan bersama-sama



GERMAN COOKIES

$
0
0

Kukis yang dah lama viral di kalangan bloggers dulu cuma seru tak menyinggah waktu tu... sekarang baru mai.
Rasa memang kelass sedap gilerr. Iras-iras semperit pun ada. Rangup-rangup manja dan cair di mulut. Tak payah susah susah kunyah... masuk mulut terus lenyap.





SOTONG GORENG KICAP

$
0
0


Resipi campak-campak jer ni bubuh daun kari.
Ternyata marvellous!



SERIMUKA DURIAN

$
0
0

Macam makan pulut dengan serawa durian je rasanya. Sedapp!!
Pulut lembut... lapisan durian juga lembut, lemak manis semua cukup


Walaupun kena korbankan sejumlah RM untuk Resipi PJJ Chef Asma ini tapi sangat berbaloi sebab resipi sifoo sememangnya superb, kejadian yang cantik dengan rasa yang power. Sangat puashati.


LOVE HUNTER COOKIES

$
0
0

Rangup, penuh rasa coklat dan kacang

Bahan-Bahan :
150 gm Butter
110 gm Gula Kastor
30 gm Gula Perang
1 biji Telur (A)
220 gm Tepung Gandum |
50 gm Tepung Jagung |
30 gm Serbuk Koko |
1 sdt (sudu kfc) Soda Bikarbonat | ayak
1 sdt Esen Vanila
100 gm Almond Nib/Almond potong kecil
50 gm Coklat Cip

Cara :
Pukul butter, gula dan gula perang hingga lembut dan sebati
Masukkan telur dan esen vanila, pukul sebati
Masukkan bahan ayak, gaul hingga jadi doh yang lembut
Masukkan almond dan coklat cip, gaul hingga sebati
Panaskan oven pada suhu 180c
Ambil 1 tsp adunan bubuh atas tray, leperkan sedikit, tabur sikit coklat cip atas (tak nak tabur pun tak apa)
Bakar selama 20 minit

**bagi yang suka warna gelap >> untuk 30gm serbuk koko gantikan kepada 10gm black cocoa powder + 20gm serbuk koko


Percubaan SSK ::
- lepas telur dah sebati bhg adunan kepada 2 anggaran 178gm each
- 1 bhg + 10gm koko powder + 5gm dark koko powder
- 1 bhg + 15gm koko powder
- ambil 1/2 tsp setiap adunan cantumkan tekan dengan garfu
- panaskan oven 155c 30 minit
- bakar 125c 20 min + 20 min api atas dan bawah with fan



SOS HIJAU THAILAND

$
0
0

Masam, manis & pedas menyempurnakan rasa.. sbg pencicah aneka seafood panggang.. tak pyh susah2 ke thailand lagi.. boleh buat sendiri di rumah. Cicah dgn ikan tenggiri bakar so mabeles! Sesuai untuk udang/ketam/sotong dan aneka seafood

5sdm jus limau nipis*
2sdm penuh gula somtam*
1sdt sos ikan*
cili dh tumbuk lumat baru buh * lenyek2kan smpi sebati
lain2 as rcp
tumbuk just nice tekstur die jgn blend nnt cair.. bila dh buh gula somtam n jus limau die akan berair sendiri



RESEPI SOS HIJAU

Bahan-Bahan :
3 ULAS BAWANG PUTIH*
2 BATANG AKAR DAUN PAKCI@KETUMBAR*
1 SUDU KECIL GARAM KASAR*
25 BIJI CILI PADI HIJAU*
4 SUDU GULA (sy guna gula kabung)
5 ASAM LIMAU
semua bahan bertanda * ditumbuk... Sehingga hancur...masuk kan gula dan asam limau gaul sehingga sebati last sekali masukkan daun ketumbar@pakci yg dihiris halus
Simple tapi sedap


RESEPI SOS MERAH

Bahan-bahan :
10 biji cili merah (cili besar)
4 ulas bawang putih
5 sudu besar minyak bijan
5 sudu besar sos ikan
5 sudu besar cuka epal - tak ada cuka biasa pon ok
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1 sudu besar pati sunquick
1/2 sudu kecil tepung jagung
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak
sedikit daun ketumbar - dihiris halus tp aku malas so jadi kasar

Cara menyediakannya :
Kisar cili merah dengan bawang putih hingga halus. Masukkan bahan kisar, minyak bijan, sos ikan, cuka, sos tiram, kicap dan sunquick dalam periuk or apa-apa alatan yang you all nak guna untuk memasak. Masak hingga mendidih,kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dengan 1cawan air. Masak hingga kuah agak pekat dan berkilat. Rasa garam dan gula secukupnya. Sebelum tutup api masukkan sedikit bijan yang telah digoreng tanpa minyak dan hirisan daun ketumbar.

IKAN
Boleh guna ikan talapia. Kalau x ada guna ikan lain pon tak kisah. Saya guna siakap.
*Resepi thai ikan tu hanya gaul garam kasar dan bakar. Tapi sy buat versi goreng hanya Gaul garam, kunyit, bawang putih tumbuk dan tepung jagung sikit. Goreng garing.
*boleh guna suhun, bihun dan laksa halus siam. Celur dahulu ye



TALAM OREO CHEESE

$
0
0
Rcp PJJ Makcik Lawa


Sedapp!! Sangat puashati akan kejadian dan rasa


Viewing all 285 articles
Browse latest View live