Quantcast
Channel: Singgahsana Kitchen
Viewing all 285 articles
Browse latest View live

TALAM OREO CHEESE TIRAMISU

$
0
0

*Talam Oreo Cheese*
🔻🔻🔻🔻🔻🔻🔻
_*Lapisan Bawah*_
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
250gm Cream Cheese
14 Tbsp Susu Pekat
_*(Mix sampai sebati kedua bhn 👆🏻)*_
👉🏻 *Masukkan 2biji telor dan mix lagi*
*Akhir sekali masukkan*👉🏻 24 gm Tepung Gandum dan
1 Tbsp Tepung Jagung.
👉🏻Masukkan dalam loyang 10x10 dan taburkan serbuk oreo atas adunan tadi.
👉🏻Tabur oreo sehingga tutup permukaan cheese td.
👉🏻 *Kukus 15min.*
👉🏻 *Buka dan biarkan 5 min baru masukkan (lapisan tengah)👇🏻*

*_Lapisan Tengah_*
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
200ml Santan
200ml Air
2bj Telur
Secubit Garam
90gm Gula
70gm Tepung Gandum

*Cara caranya*
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
👉🏻Kacau semua bahan sehingga sebati.
👉🏻Tapis ke dalam kuali dan masukkan sedikit pewarna coklat dan coklat emulco.
👉🏻Masak menggunakan api sederhana sehingga naik wap dan tuangkan ke atas lapisan bawah.
👉🏻 *Kukus 20 min.*
👉🏻 *Buka setiap 5 min dan bila dah 20min buka dan biarkan 5min.*
👉🏻Cucuk permukaannya baru tuang (lapisan atas)

_*Lapisan Atas*_
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
200ml Santan
200ml Air
2biji Telur
90gm Gula
50gm Tpg Kastad
Secubit garam
Sedikit Esen Vanila

*Cara caranya*
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
👉🏻Kacau kesemua bahan sehingga sebati.
👉🏻Tapis dan masukkan dlm kuali.
👉🏻Masukkan sedikit pewarna kuning.
👉🏻Masak atas dapur sehingga naik wap tuang atas lapisan tengah.
👉🏻 *Kukus 20 min.*
👉🏻 *Setiap 5 min dibuka penutup periuk kukus dan sendengkn spy air tidak menitik.*
👉🏻Setelah 20 min buka penutup dan biarkn tanpa tutup api sehingga 5 min.

rcp by ~ zubaidah che pa

------------------------------------------------------

::Note SSK::
talam oreo tiramisu

base - cheese, tabur oreo 125g
middle - +1tsp metrik mocha paste & hujung2 sudu kecil nescafe
top - +1tsp metrik choc paste & 1tsp koko powder plus 1 tsp air panas
susu pekat.. 15x7tbsp=105g
rcp zubaidah 1/2 rcp 7"sq




NASI GORENG CILI KERING KARIPOLEY

$
0
0


Nasi goreng orang malas. Daun kari pun tengah ada stok so campak sekali. Pecah telur, bubuh ikan bilis mata biru goreng. Wallahh harum mewangi nasi goreng dek aroma daun kari. Bila makan jangan dikuis pula daun kari tu buang, kunyah sekali sama-sama nasi. Boleh jadi penawar untuk kesihatan badan.


LEMPENG OAT PISANG

$
0
0


Lempeng yang agak sepecial kerana guna oat gantikan tepung.
Makan breakfast, kenyang sampai ke petang...


CHEEZY BREAD PIZZA (Sos Pizza Homemade)

$
0
0

Tekstur dan rasa 3 in 1, Pizza + Lasagna + Baked French Toast

It's A MUST TRY RECIPE!


Resipi Pizza Roti Bakar 
(Danish Harraz)


BAHAN UNTUK FILLING:
250 grams dada ayam, dibuang lemak dan kulit, dipotong dadu >> daging kisar
1/2 biji bawang besar, di cincang
1/4 cawan Susu Segar/Whipping Cream >> dairy whipping cream
2 keping Cheddar Cheese >> SSK ganti cheddar parut
1 tin hirisan Mushroom
1 biji Capsicum, dipotong dadu kecil
1 biji tomato, dipotong dadu kecil
Sedikit serbuk cayenne pepper atau black pepper
Garam
Sedikit olive oil
**SSK tambah garlic powder

CARA MENYEDIAKAN FILLING PIZZA:
Panaskan olive oil dalam frying pan. Kemudian masuk kan bawang cincang dan goreng sampai agak kekuningan. Masuk kan pula isi ayam, dikacau dan biarkan sebentar. Kemudian masuk kan susu segar, kacau sebati, masukkan pula cheddar cheese. Kacau sehingga cheese cair dan rata dan biarkan sekejap. Kemudian masuk kan capsicum, mushroom dan tomato. Perisa kan dengan serbuk cayenne pepper atau black pepper dan garam secukupnya, tutup api.

BAHAN UNTUK ROTI PIZZA:
1 buku Roti Putih Gardenia, dipotong kiub kepada 8 bahagian setiap keping
5 biji telur
Sos Pizza/Pasta secukupnya atau kalau tak ada boleh guna Sos Tomato yang dicampur dengan Oregano secukup rasa >> SSK guna sos homemade (rcp bawah)
5 keping Cheddar Cheese >> SSK ganti cheddar parut
Shredded Mozarella Cheese secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA:-
Panaskan oven pada suhu 160°C. Pecahkan telur dalam bekas besar dan dipukul sedikit. Masukkan pizza filling, kacau rata perlahan. Kemudian masukkan pula roti, kacau hingga sebati. Tuang adunan kedalam baking tray bersaiz 9×13 yang telah digris dengan sedikit butter. Ratakan adunan kemudian layerkan dengan sos pasta. Kemudian layerkan dengan cheddar cheese diikuti dengan shredded mozarella cheese. Bakar dalam oven selama 35-40 minit, sehingga cheese agak keperangan. Siappp! Sedap dimakan panas-panas.



SOS PIZZA HOMEMADE

Bahan-Bahan :
50g butter cairkan >> SSK buh minyak zaitun
masuk
1 bj bwg hollang ptg dadu
3 ulas bwg putih ptg dadu
5 ketul daging burger yg dicincang/400g daging kisar
tumis dgn 2-3cwn air...msk smpai tukar warna
masuk 1/2cwn tomato puree (tin kecil kimball 215g)
masuk 1/2cwn sos cili dan 1/2cwn sos tomato
masuk 1cwn susu segar + 1/2cwn non dairy/uht whipping cream/cream masakan + 2sdb parsley kering + 2sdb mixed herbs + 2sdb lada hitam + 2sdb serbuk oregano
masak smpai pecah minyak...perasakan dgn garam n gula jika suka
masuk meatball jika suka

sediakan roti
letak sos ats roti...parut cheese/cheese slice...bakar dgn panggang ajaib/kuali bertutup dlm 1-2min...siap

*idea sos ni leh guna utk murtabak roti


::Untuk sos pizza SSK abaikan::
- daging kisar sbb dah bubuh dalam filling
- tomato puree

::SSK guna::
- dairy whipping cream
- parsley kering, mixed herbs ganti dgn italian herbs, serbuk lada hitam, serbuk oregano > 1sdm each



SUP SIAM TULANG (Pes Sup Homemade)

$
0
0

Memudahkan kerja di dapur bila dah tahu buat paste sendiri yang semestinya fresh. Tak perlu bergantung lagi pada sup bunjut mahu pun rempah sup ready-made. Marvellous!!


PASTE UNTUK SUP SIAM
Bahan paste sup untuk 1 ekor ayam / 2-3 kg tulang

Bahan-Bahan :
Semua bahan bahan dibawah ini hendaklah dikisar halus mulus dengan sedikit sahaja air (kental)

Cili padi 20-30 biji (tak pedas sangat sesuai untuk hirup kuah)
Bawang merah 10 >> labu kecil
Bawang putih 10 ulas
Serai 3 btg ambil bahagian yang btg putih sahaja
Lengkuas 1 inci
Halia 1 inci
Jintan manis 1 sudu kecil
Jintan putih 1 sudu kecil
Ketumbar 1 sudu kecil
Lada hitam 1 sudu kecil
Lada putih 1 sudu kecil
Garam
Gula 1 sudu besar
Kiub ayam 1 atau lain lain jenis
penyedap rasa
1 sudu besar tepung jagung (x buat)
Air 1 cawan untuk kisar

Cara :
- Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar tadi.dah wangi tumisan tadi baru dimasukkan ayam/daging-kacau kacau dalam 10 minit- baru tambah air dan masaklah macam biasa sampai empuk daging /ayam tersebut.
Atau
- Rebus dahulu ayam/daging dengan sedikit air sampai mendidih -masukkan bahan perencah’ tadi- biarkan dalam 10 minit- kemudian tambah air- masaklah macam biasa.
- Bila dah masak sempurna masukkan air limau nipis 1 biji sahaja dan bawang goreng daun sup, daun bawang kedalam periok (jika suka tapi kalau tak masukkan pun tak apa sebab dah sedap.
- Kalau nak masam lagi masukkan air limau nipis kedalam mangkuk sup anda sebab org lain mungkin berpantang.
- Nak makan kalau rajin taburlah bawang goreng, daun bawang dan daun sup, lobak masin cincang kedalam sup.
- Nak makan dengan nasi/bihun/kue teow pun boleh
- Celur mee atau bihun sekejap (sama seperti bihun sup) tapi kalau koe teow tak perlu dicelur sebab dah lembut.



NASI LEMAK, SAMBAL SOTONG KACANG TUMBUK & CUCUR NASI CRABSTICK

$
0
0

Resipi untuk nasi lemak kukus tapi masak biasa je... berlaukkan sambal sotong kacang tumbuk, timun dan telur mata. Tengok nasi semalam ada lebih sikit, so buat cucur nasi.... potong-potong crabstick campur rencah-rencah macam biasa buat cucur. Siap hidangan iftar 21 ramadhan 14 may 2020

NASI LEMAK

BAHAN BAHAN
4 cawan Beras ** Saya guna basmathi
200 ml Santan Kotak ** Ayam brand
5 cawan Air ** adjust ikut jenis beras yg diguna
2 ulas Bawang Putih ** hiris nipis
3 ulas Bawang Merah ** hiris nipis
1/2 biji Bawang Besar ** dihiris nipis
1 inci Halia ** dimayang halus
2 helai Daun Pandan ** disiat n disimpul
1 inci Halia ** diketuk
2 sudu kecil Garam atau secukup rasa
Sedikit Minyak utk menumis ** Saya guna Myk Jagung
Daun Pisang ** Jika ada


Caranya pulak sangat mudah.

Beras tu dibasuh dan ditoskan.
Kemudian satukan dengan santan, air, garam, daun pandan dan halia yang diketuk ke dalam peruik yang bersesuaian atau rice cooker.

Sementara tu tumis bawang bawang yang dihiris dan halia yang dimayang tadi dengan sedikit minyak hingga agak agak layu. Ni memang cara saya buat nasi lemak. Suka cara camni sebab akan lebih wangi baunya.

Kemudian tuang jer ke dalam periuk nasi dengan minyak tu sekali tadi dan masak. Sesekali dikacau supaya ia masak sekata.

Bila sudah dalam tiga suku masak, agak kering jer air santan tu, pindahkan ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Sebaiknya dilapik kukusan tu dengan daun pisang, harum aroma daun pisang tu pada nasi lemak tu nanti. Kukus hingga nasi tu betul betul masak dan lembut.

Setelah siap dimasak, boleh dihidangkan. Enak sekali dimakan panas panas gitew ya buk..


::MyNote HoSSK version::

# nasi lembut n wangi
# beras basmathi 3 cwn
# santan kotak 1 cwn
# air 4 1/2 cwn (sukat cwn rice cooker)
# lepas tumisan bwg wangi - goreng beras smpi bersalut semua, sekali daun pandan n halia ketuk - masuk dlm rice cooker tuang liquid - garam n gula sikit - biar masak mcm biasa



SAMBAL SOTONG KACANG TUMBUK (cmg)

BAHAN-BAHANNYA
350 gram sotong, kerat dan cuci, toskan
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
2 camca besar kacang tumbuk
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 camca besar sos cili
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3/4 inci belacan
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA

Celur sekejap sotong tadi selama 30 saat. Angkat dan toskan. Panaskn minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu.

Tambah sos cili dan masak sekejap. Tuang jus asam jawa. Kacau dan biar pekat sedikit. Masukkan bawang besar dan kacang tanah. Gaul rata.

Tambah sotong, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh angkat. Hidangkan dan kalau suka boleh tabur sedikit kacang tumbuk atas sambal tadi.


CUCUR NASI CRABSTICK

bhn
1 1/2 cwn nasi + 1 1/2 cwn air + 1 ulas bwg putih + sikit ikan bilis + udg kering, blend halus
tuang dlm 300g tpg gandum + garam + gula, kacau
pastu buh
- crabstick
- bwg merah
- cili merah n hijau
- daun bwg n sup/kucai
kacau sebati

goreng hingga golden brown, angkat tos

RENDANG MAMAK

$
0
0

Lauk versi jimat. Ramai2 makan kat kedai jenuh la nak bayaq. Orang dulu2 kata rendang mamak... daging kicap pedaih pun boleh juga kut. Senang je masak ni sebab tak buh santan. Bahan simple tauk2 gitu jaa... tak dak men sukat2 digital noo... yang penting dia duk ataih dapoq jenguk sat2 ja... hahahha


Siapkan kuali bersih letak ataih dapoq

Daging 1 kg potong kiub atau nipih2.
Cuci bersih, tos ayaq pastu buh dalam kuali

Potong/mayang bawang besaq 3 atau 4 labu yang sedang2 besaq
Bawang putih
Halia
Serai 1 batang
Jintan manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kayu manis
Buah pelaga
Buah keras
Rempah kari daging 1 bungkus
Cili kisar 2 senduk (agak2 sedang2 pedas)
Masuk semua ni dalam kuali bubuh ayaq dan rebus sampai daging empuk serta kuah agak2 pekat

Boleh bubuh tomato 1 biji potong kiub kecik2
Boleh buh kiub daging kalau suka
Masa ni boleh buh kicap lemak manis kurang 1/2 cawan dengan ayaq asam jawa sikit jaa, gula 1 sudu, boleh buh serbuj perasa jika suka

Potong bulat 2 labu bawang besaq
Pastu tumis dalam kuali lain
Nampak bawang dah layu masuk daun kari
Dah wangi tuang masuk ke dalam kuali daging tadi, kacau2 sebati sat

Siap

Ada yang panggil daging masak hitam mami lauk nih



NASI KUKUS & THE GANG

$
0
0






Resipi PJJ Set Nasi Kukus

- Nasi Kukus
- Gulai Pedas Kerutuk Daging
- Sambal Belacan
- Ayam Goreng Berempah



MEMORI MENU RAYA (PKP Covid-19)

$
0
0
Aidilfitri dah lama lepas. Pic menu raya yang sempat dirakam tinggal memori. Memori sambut aidilfitri dalam PKP. Nak balik kampung tak boleh disebabkan mematuhi perintah larangan merentas negeri ekoran Covid-19. Apa nak dikata... berayalah di rumah sendiri dengan kesyahduan.

Sambut serba sederhana je. Rasa malas, tak ada semangat mengatasi segala rasa. Sampai terlahir dua kad raya digital ku buat dan up di instagram sinun gara-gara sayu tak terbendung tak dapat raya kampung... hahhaha. Tapi taklah sampai melalak sakan. Setiap orang pun rasai yang sama kan... Yelah setiap kali raya tiada tempat lain yang bermain di fikiran melainkan kampung. Tiba-tiba tahun ini hilang nikmat suasana itu bila hasrat untuk merasainya semula tak kesampaian.

Namun kesedihan sedikit terubat bila berpeluang bervideo call dengan semua ahli keluarga pada pagi raya.
Dan apabila rentas negeri dibolehkan semula bermula 11 Jun ianya khabar gembira yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, cerah semula hari. Memori yang akan diingati sampai bila-bila. Rasa cukup tak seronok waktu itu tapi manis untuk dikenang semula hari ini dan akan datang.



Hari akhir puasa, sibuk sediakan juadah raya. Dalam ketiadaan mood, demi anak-anak ku siapkan dua menu... Rendang Ayam Warisan dengan Kerutuk Telur. Cukuplah dua menu sebab dah plan nak beli lemang. Depa layan rendang, ku layan kerutuk sebab tak makan ayam. Lepas zohor, start ke dapur kupas bawang, blend cili segala. Nak masuk waktu berbuka barulah settle semua. Cuma dapat snap rendang, kerutuk tak sempat... dah penat.

So rendang, kerutuk dan lemang sajalah juadah kami untuk 1st raya.



Kalau kat kampung, raya ke2 dok sembang-sembang lagi langsung tak hirau TV, dapur pun off. Kat rumah sendiri takdak sapa nak layan sembang. Duduk depan TV citer semua ulangsiar. Tak best langsung citer raya tahun ni! Nak tak nak raya ke2 dah punch card masuk dapur. Menerai resipi baru. Tak menang tangan lagi dibuatnya siapkan juadah Lodeh Singapura, Nasi Impit dan Sambal Tumis Bilis selain perhangatkan rendang, kerutuk dengan lemang semalam untuk hidangan tetamu yang datang beraya. Tapi sayang pic menu tak sempat rakam... dah letih sangat.



Raya ke3 dapur beroperasi lagi. Siapkan dua juadah, Nasi Oren Lebaran & Ayam Masak Rose Rizalman.
Gara-gara nonton Pung Pang Rizalman bulan puasa haritu ler teringin pula nak try test ayam rose dia. Jenuh cari idea nak bestfriend kan dengan nasi apa lauk ayam nih. Kebetulan ada balance limau sunkist dalam fridge. So jadilah Nasi Oren. Padan sesangat dua menu ni. Sedappp!!

Pendek kata semua juadah two-thumbs up!


TUNA TOAST

$
0
0

 

Assalam & Morning.

Apa breakfast you all pagi ini?

Pagi ni SSK share sajian sarapan atau snack yang mudah disediakan, ringkas dan yang penting sedap. Guna tuna boleh... sardin boleh. Untuk tambahan lain guna apa saja yang ada di dapur. Resipi tak payahlah. Senang jer ni campak-campak jadi. Budak sekolah pun boleh buat.

Ok byee... itu jer nak khabar



KANGKUNG GORENG BELACAN RENCAH SOTONG

$
0
0

 

Selalu rencah ikan bilis. Orang dulu-dulu pun memang tak bubuh lain selain ikan bilis. Habis-habis pun udang kering. Pernah juga nampak orang masak bubuh rencah udang segar tapi tak ada hati pula nak ikut... konon nak kekalkan cara lama. Lepas tengok sheila rusly goreng kangkung bubuh sotong, dan dan tu juga melompat nak buat. Sesekali kena keluar daripada kepompong kelaziman. 

Semua pun sedia maklum kesedapan kangkung belacan. Dia punya wangi waktu sedang ditumis tak boleh nak habaq lagu mana. Satu nak bagitau, orang tua-tua cakap even chef wan pun... kalau kita terbatuk atau terbersin waktu tengah menumis cili itu maknanya sedaplah masakan kita tu. Ya betul, dah perasan yang ini lama dah. Memang betul dan terbukti. 


KANGKUNG GORENG BELACAN RENCAH SOTONG
by EJhouseofssk

Bahan-Bahan :
1 ikat Kangkung
2-3 ekor Sotong
1/2 kiub Pati Ikan Bilis
Garam & Gula secukup rasa

Bahan Tumbuk :
2 ulas Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
5 biji Cili Padi Hijau
3 biji Cili Merah
Belacan (ikut suka banyak mana)

Cara :
- Tumis bahan tumbuk hingga agak garing dan naik bau
- Masukkan sotong, kacau goreng sekejap (jangan lama sangat). Perasakan dengan garam, gula dan kiub ikan bilis
- Masukkan kangkung, kuatkan api dan kacau dengan pantas
- Siap dan hidangkan panas-panas



SELAMAT TAHUN BARU 1442 HIJRAH

$
0
0

 

Hari ini Rabu 19 Ogos 2020 bersamaan 29 Zulhijjah adalah hari terakhir dalam Taqwim Islam 1441H.

Kala terbenam matahari masuk waktu Maghrib nanti in shaa Allah akan bermula Tahun Baru 1 Muharam 1442H. Justeru jangan lupa membaca Doa Akhir Tahun beberapa minit sebelum maghrib diikuti Doa Awal Tahun seusai solat maghrib. 

Semoga dengan tibanya tahun baru Hijrah dapat membawa perubahan yang lebih bermakna dalam setiap diri kita. Dapat meningkat keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya. Semoga kita semua mendapat keberkatan.


Hijrah itu pengorbanan, daripada kebatilan kepada kebenaran
Hijrah itu perjuangan, daripada kegelapan kepada cahaya
Hijrah itu persaudaraan, daripada penindasan kepada keadilan
Hijrah membentuk perpaduan, daripada perpecahan kepada kesatuan

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." | Surah Ar-Ra'd: 11


Perubahan dalam hijrah menuntut seseorang untuk meninggalkan sebelumnya yang belum baik termasuklah hati, perkataan dan perbuatan. Segala bentuk perubahan tersebut dimaksudkan semata-mata hanya untuk meraih redha Allah SWT. Proses hijrah tidak selamanya berjalan mulus. Berbagai hambatan, tentangan dan godaan seringkali menjadi batu halangan yang menguji kesungguhan tekad seseorang dalam berhijrah. Inilah fasa yang akan membuktikan seberapa besar kesungguhan seseorang dalam berhijrah dan sejauh mana istiqamah dalam menapak jalan hijrah menuju ketaatan kepada Allah.

Berhijrah itu tidak susah, susah itu hanya ada dalam fikiran kita

Niat hanya kerana Allah, untuk Allah, kepada Allah, bukan untuk seseorang yang kita kagumi. Jika niat mengharap redha Allah, maka hijrah kita tak akan mengenal batas. Namun bukan sekadar niat, harus dibuktikan dengan taat serta kesungguhan.

Perjalanannya penuh liku namun kesudahannya indah, berat tapi terkandung di dalamnya rasa nikmat.

Berhijrah juga kadang buatkan kita ditinggalkan ramai orang dan rasa terasing. Tiada hijrah tanpa ujian. Niat baik memang tak selalu diterima dengan baik, tapi akan selalu menemui akhir yang baik. Sabar dan jangan ambil pusing. Terus saja memperbaiki diri maka Allah akan memperbaiki semua urusan-urusan kita. Bahkan akan mengirimkan orang-orang baik yang akan membuat kehidupan kita jauh lebih baik daripada sebelumnya. Jika sabar sudah di tangan, maka segala hinaan dan cacian yang mereka lontarkan akan terasa bagai debu-debu kecil yang berterbangan. Pandangan Allah jauh lebih penting daripada pandangan manusia.

Jika pasti sudah berada di jalan yang benar, maka berlarilah. Andai sulit bagimu, maka berlari kecillah. Jika lelah, berjalanlah. Jika itu pun tidak mampu, merangkaklah. Namun jangan pernah berpatah balik atau menyerah kalah. Selambat apa engkau bergerak, sekalipun seperti siput, itu jauh lebih baik dan disukai Allah.

Hijrah tak akan terhenti hingga tertutupnya pintu taubat. Dan pintu taubat tidak akan tertutup hingga matahari terbit dari barat.

Maka jangan disia-sia kesempatan yang masih ada. Kerana kesempatan esok belum tentu untuk kita.


Akhir kata,  

 SALAM MAAL HIJRAH 1442H
"Ummah Rabbani Negara Harmoni"


KARI SOTONG MAMAK MELETOP

$
0
0

 

Yess! Selepas beberapa kali cuba baru dapat macam yang dihajat. Asalnya ditukil daripada Ilham Dapur. Kemudian EJ olah ikut versi sendiri. Dia punya aroma, rasa, pekat likat melekat betul-betul macam kari mamak. Citarasa saya la... orang lain tak tau. Pasni tak payah pi beratuq dah mamak Kg. Attap. Kuali sendiri masakkan lagi jimat.

Kari ni kena cukup rasa masam-masam, manis-manis baru sedap. EJ masukkan juga kacang panjang dan kentang. Dah terbiasa bubuh bagi ada tekstur dan color. Tak bubuh pun tak apa, terpulang. Sekurangnya masa hidang tak lah nampak sotong semata.


KARI SOTONG ALA MAMAK MELETOP
by EJHouseofSSK

Bahan-Bahan :
5 ekor Sotong (saiz medium)
1/4 cwn Santan Pekat
1 tangkai Daun Kari
1 batang Kayu Manis
2 kuntum Bunga Lawang
2 kuntum Cengkih
3 biji Buah Pelaga
1 sdk Pes Asam Jawa
1 cwn Air
Kacang Panjang
Ubi Kentang
Sedikit Gula Merah/Melaka
Garam & Gula Pasir
Minyak untuk menumis secukupnya

Bahan Tumbuk :
1 labu kecil Bawang Merah Besar
2 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia

Bahan Pes (bancuh dengan sedikit air) :
1 pek kecil Rempah Kari Ikan
2 sdm Cili Kisar
1 sdt Serbuk Ketumbar

Cara :
- Cuci sotong dan tos
- Masukkan kepala dalam badan dan cucuk dengan lidi agar tidak terkeluar apabila masak
- Tumis bahan tumbuk, rempah penumis 4 sekawan dan daun kari hingga wangi
- Masuk bahan pes, tumis sampai pecah minyak
- Masukkan 3sdb air, tumis lagi sambil dikacau biar pecah minyak lama sikit
- Masuk ubi kentang, gula merah, garam, gula pasir, 1 cwn air (jika guna santan fresh kurangkan sedikit kuantiti air).Biarkan didih dan kentang 3/4 empuk
- Masuk asam jawa, sotong, kacang panjang, kacau rata dan tutup kuali biar berwap dan sotong mesra dengan bahan rempah
- Masukkan santan, masak seketika lagi dan biar mendidih. Sesuaikan rasa



CUCUR BILIS KRISPI

$
0
0


Cuaca cerah dengan awan memenuhi langit waktu bait-bait entri ini sedang disusun.
Sudah 3 hari menginjak ke tahun baharu hijrah. Semoga tahun baru ini dipenuhi keberkatan, kesejahteraan dan kemuliaan kepada semua yang mengamati hijrah kali ini. Alhamdulillah.

Petang nan redup nih sangat asyik kalau dapat sepiring cucur depan mata. Berulangkali makan pun tetap tak jemu malah teringat-ingat kalau lama tak makan. Tak kiralah cucur apa, janji cucur. Ada pula pencicahnya sama... aduhh sepiring memang tak cukup

 

Cucur nih olahan daripada dua resipi. Resipi chef rohani jelani dan sheila rusly. EJ nyatakan siap-siap untuk rujukan dan ingatan sendiri sebab berlambak dah resipi... tak boleh ingat kalau hanya simpan dalam kepala. Kena catat dan simpan satu tempat supaya tak lupa atau tercicir.

Boleh jer kalau nak letak udang hidup. Ikut suka. Sementara pencicahnya EJ siapkan kuah kacang dengan sos cili yang dibuat sendiri


CUCUR BILIS KRISPI
by EJHouseofSSK

Bahan-Bahan :
250 gm Tepung Gandum
1 sdt Baking Powder
2 sdb Tepung Beras
Sedikit parutan Lobak Merah
Garam secukup rasa
Pewarna Kuning
Air secukupnya

Bahan Hiris :
1 labu Bawang Merah Besar
1 biji Cili Hijau
1 biji Cili Merah
Kucai

Bahan Tumbuk :
Segenggam Ikan Bilis
1 sdb Udang Geragau | rendam dahulu & tos
3 ulas Bawang Putih
1/2 kiub Ikan Bilis
4 biji Cili Api (jika suka pedas)

Cara :
- Sebatikan semua bahan
- Simpan 20 minit dalam petisejuk
- Goreng



SOS CILI HOMEMADE Yang Terbukti Sedap!

$
0
0

Sejak covid19 dah jarang-jarang outing, makan-makan di luar... holiday apatah lagi. Boleh kata dalam sebulan langsung tak ada. Hanya keluar sekejap-sekejap untuk beli barang keperluan dapur dekat-dekat rumah. Terasa boring sangat terperap rumah, balik kampung ambil angin recharge mood.

Cerita pasal kampung, terkait sikit dengan entri Cucur Bilis Krispi semalam. Semua tahu cucur antara sajian sarapan dan minum petang popular yang selalu mak-mak kita buat zaman kita kecil-kecil kat kampung dulu. Walau hanya bancuhan tepung bersama rencah ikan bilis atau udang kering, bawang, sayur, rasa tetap woww. Nak rasa mewah sikit bubuh udang segar... lagi woww.


Kalau betul-betul cukup rasa cucur tu, makan gitu aje pun dah sedap. Tapi dengan cicah sos pencicah jadi lebih berganda sedap. Sos pencicah samada yang readymade, homemade atau pun kuah kacang. Atau mungkin juga sambal tumis ke... asam pedas... atau apa-apalah yang sesuai.

Sos readymade memang ada jer kat dapur, tapi tak nak lah. Buat sendiri gunapakai resipi yang pernah buat dulu lagi puashati. Cerita dan resipinya ada EJ kongsikan di SINI. Memang terbukti sangat-sangat sedap!

Kuah kacang pun buat juga sikit guna resipi SINI. Ngam sangat dengan cucur bilis tu. Kalau EJ usahkan pagi atau petang. Buat makan malam sekali pun layan. Tambah potongan timun, daun salad, tauhu goreng pastu siram kuah kacang banyak-banyak. Tak pandang nasi dahh!




TALAM DURIAN Gerenti Sedap!

$
0
0

Kuih-kuih talam seangkatan ini macam kek juga. Waktu malas melanda mood tak ada better jangan buat. Nanti jadinya macam nak tak nak, indah khabar dari rupa. Kemurungan pula satu hari kuih tak menjadi. Bila tak menjadi mulalah terdengar suara-suara menyalahkan resipi kata resipi tak betul... nak bagi resipi biarlah betul ikhlas... harap jadi tapi hampeh last masuk tong sampah. Inilah antara bunyi-bunyi popular yang selalu dituding kepada si penyumbang resipi. Padahal salah si empunya suara itu sendiri.

Mungkin ada teknik yang tak betul sewaktu penyediaan. Teknik itulah sebenarnya menjadi rahsia pada sesuatu resipi, bukan resipi itu sebenarnya. Biar seratus orang pun buat resipi yang sama tapi tak semua dapat hasil yang serupa. Itu pula namanya air tangan. Penyatuan air tangan dan teknik peranan utama dalam apa jua jenis masakan.


Lama sungguh mengidam si talam durian nih. Tunggu datang rajin dan masa je...

4 jam sabar menunggu sejuk. Alhamdulillah sampai hajat merasa kuih yang lama duk idam.

Kejadiannya lawa berkilat, tekstur lembut, cukup rasa lemak manis. 5-star untuk kuih ini.

Nak dapat kuih dengan pakej 5-star... rupa cantik berkilat dan rasa lemak yang bangkit sempurna haruslah guna santan fresh, bukan kotak. Sebab santan fresh mengandungi lemak, manis dan minyak aslinya sendiri berbanding santan kotak. Tapi kalau terpaksa guna yang kotak, tak salah pun cuma kena tahu teknik


TALAM DURIAN
by EJHouseofSSK

Bahan Lapisan Bawah :
70 gm Tepung Beras
27 g Tepung Jagung
60 gm Gula Pasir
450 gm Santan Cair (125gm Santan Fresh + 325gm Air)
1/4 sdt Esen Rose/Vanila
1/2 sdt Garam

Bahan Lapisan Serikaya :
125 gm Telur
50 gm Tepung Gandum
100 gm Gula Pasir (boleh kurangkan jika durian manis)
250 gm Santan Pekat Fresh
85 gm Isi Durian
1/8 sdt Garam
1/8 sdt Pewarna Kuning
1/8 sdt Pewarna Lemon Yellow

::Percubaan untuk 1/2 resipi::
- loyang 8"sq
- cara sama seperti di bawah
- lapisan bawah kukus 20 minit api sederhana
- lapisan atas kukus 20 minit (5 minit api besar then sederhana)


Asal Fida MYR

Bahan Lapisan Bawah :
140 gm Tepung Beras
55 g Tepung Jagung
125 gm Gula Halus
900 ml Santan Cair (200ml Santan KARA + Air)
1/2 sdk Air Mawar
1 sdk/secukup rasa Garam
Sedikit Pewarna Merah/Hijau (optional)

Bahan Lapisan Serikaya :
5 bj Telur
1 cwn Tepung Gandum
250 gm Gula Halus (boleh kurangkan jika durian manis)
500 ml Santan Pekat (300ml Santan KARA + Air)
170 gm Isi Durian
1/4 sdk Garam
Sedikit Pewarna Kuning

Cara :
Panaskan periuk kukusan

Lapisan Bawah
- satukan semua bahan
- kacau rata dan tapis ke dalam periuk
- masak hingga naik wap
- tuangkan ke dalam loyang yang disapu minyak dan telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kukusan
- kukus hingga masak

Lapisan Serikaya
- kisar isi durian bersama santan hingga halus
- dalam mangkuk lain, kacau telur dan gula hingga gula larut
- masukkan tepung, kisaran durian+santan, garam dan pewarna kuning
- kacau hingga sebati dan tepung tak berbintil
- masak adunan hingga hampir pekat
- tuangkan ke atas lapisan bawah yang sudah masak
- kukus semula hingga masak menggunakan api sederhana

Biar kuih benar-benar sejuk di dalam loyang
Potong dan hidang



LEMPENG KELAPA LEJEN Cicah Asam Pedas Daun Kari Power

$
0
0

Lempeng nostalgia, lempeng kelapa muda cicah asam pedas

Lempeng dibakar ikut cara lama. Guna kuali lejen, bukan kuali go shop ehh. Kuali lejen melengkung buat goreng ikan tu. Tujuannya untuk dapat kesan hangus macam lempeng dulu-dulu. Tips ini perkongsian oleh Ibu Azzah di Fb. Resipi pun daripada beliau.

Selama ini bakar atas non stick pan agak susah dapat hangus-hangus camtu. Caranya panaskan kuali, buh sikit minyak... dah panas baru ratakan adunan ikut tebal atau nipis yang disukai... dah garing terbalikkan dan masakkan sebelah lagi. Terpulang segaring dan sehangus mana suka.

Cicah pula dengan asam pedas daun kari. Meletops!

Jarang kann orang masak asam pedas bubuh daun kari. Selalu daun kesum atau daun limau.
Jika diberi pilihan antara asam pedas daun kari dengan daun kesum/limau, EJ pilih daun kari. Sebab aroma wanginya lagi power mengancam. Lagi pun dulu-dulu selalu tengok my mom asal masak asam pedas, mesti petik daun kari di pokok pastu tumis sama bawang-bawang macam masak kari.

EJ pun sebelum ni selalu jer masak asam pedas bubuh kesum ke limau. Tapi sekarang dah tak lagi. Dah balik kepangkal jalan ikut macam my mom selalu masak.


LEMPENG KELAPA LEJEN
by EJHouseofSSK

Bahan-Bahan :
500 gm Tepung Gandum
2 sdt Garam
200 gm Kelapa Parut Muda (daripada 1 biji)
750-800 gm Air (boleh campur air kelapa jika suka)

Cara :
- Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan, kacau rata
- Sedia untuk dibakar sehingga garing


Nota :
* jika nak buat frozen, bakar jangan sampai garing
* innovasi lempeng pisang - tambah pisang



NYONYA KERABU TELUR

$
0
0

Jenjalan di google cari resipi mudah untuk buat lauk sampingan. Gali sana gali sini jumpa ini. Tengok bahan semua ada... kesum je tak ada. ON jelah sebab kesum bukan bahan utama cuma penambah aroma. Takde pun tak jadi hal sebab ada lagi satu bahan lain yang fungsinya sama, untuk aroma. Senang sangat sediakan. Goreng, hiris dan gaul. Waktu menggaul tu yang tak tahan... semerbak harum. Hidang-hidang laku keras. Dah jangka lauk sampingan inilah akan habis dulu. Mana taknya macam-macam tekstur ada dalam. Belum lagi aroma plus rasa. Ratah pun sedap.

Terima kasih K.An@periuktanah. EJ simpan sini ye resipi.
Ok jom semak bahan...


NYONYA KERABU TELUR
by EJHouseofSSK

Bahan-Bahan :
3 biji Telur
1 biji besar/secukupnya Limau Nipis | perah ambil jus
Garam & Gula secukup rasa

Bahan Hiris Halus :
1 labu Bawang Merah Besar
1 biji Tomato | belah 4, buang biji
1 kuntum Bunga Kantan
3 biji Cili Padi

Bahan Tumbuk Halus :
1 biji Cili Merah
3 biji Cili Padi
1 ulas Bawang Putih
1/2 inci Belacan Bakar

Cara :
- Telur didadar nipis satu persatu seperti buat ketayap. Gulung dan gunting 1/2cm lebar
- Satukan telur dan semua bahan hiris dalam satu bekas
- Masukkan bahan tumbuk, garam, gula dan jus limau. Gaul rata. Seimbangkan rasa; mesti ada rasa masin, manis, masam dan pedas
- Hidangkan segera

Nota :
* tambah segenggam daun kesum yang dihiris halus jika ada
* garam boleh ganti dengan sos nampla



TERUNG BERLADO PETAI

$
0
0

Sesuai sangat untuk penggemar berlado terung dengan petai.


TERUNG BERLADO PETAI
by EJHouseofSSK

Bahan A :
2-3 biji Terung Panjang (medium size) | potong - bakar atas pan tanpa minyak - setelah masak tekan-tekan sikit dengan garfu - ketepikan
4 papan Petai

Bahan B - kisar jangan halus sangat :
5 biji Cili Merah (atau boleh campur dengan hijau)
5 biji Cili Api
1/2 labu Bawang Besar Merah
3 ulas Bawang Putih (lebihkan jika suka)
Sedikit Belacan

Bahan C :
1/4 kiub Ikan Bilis
Garam
Gula


Cara :
- Tumis bahan B sampai pecah minyak sebanyak 3 kali. Maknanya selepas tumisan pertama pecah minyak, tambah air... tumis lagi sampai pecah minyak kali kedua, tambah air... dan tumis lagi sampai pecah minyak kali ketiga
- Perasakan dengan garam, gula, kiub ikan bilis
- Sudah seimbang semua rasa masukkan petai. Biar sebentar sambil dikacau goreng
- Akhir sekali masukkan terung, kacau rata
- Siap untuk dihidang



SAMBAL TUMIS TELUR BUNGA

$
0
0

Sikit masa lalu trending sekejap di fb lauk telur yang telurnya dibentukkan menjadi pelbagai bentuk comel-comel. Nampak cute pula telur buat rupa itu. Jadi why not cuba.

Alhamdulillah. Sedap pada mata, sedap lagi akan rasa. Tekstur dan likat sambal pun jadi elok.


SAMBAL TUMIS TELUR BUNGA
by EJHouseofSSK

Bahan A :
6 biji Telur
1 labu Bawang Holland | hiris bulat tebal
1/2 sdb Pes Asam Jawa
3 senduk nasi Cili Kisar
1 cwn Air
Gula Perang & Garam secukup rasa

Bahan B - Dikisar Halus :
6 biji Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
1/2 inci Halia
1/2 inci Belacan


Cara :

Telur
- Panaskan kukusan
- Sediakan acuan kecil-kecil dan sapu minyak
- Pecahkan telur ke dalam acuan
- Kukus hingga masak
- Keluarkan daripada acuan dan ketepikan

Sambal
- Panaskan minyak masak secukupnya
- Tumis bahan B hingga wangi
- Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak mengguna api kecil dan sentiasa kacau
- Masukkan pes asam jawa, kacau rata
- Tuang air, masuk gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih
- Masukkan potongan bawang besar, kecilkan api dan renih sambal sehingga kepekatan yang disukai
- Seimbangkan rasa
- Masukkan telur yang dikukus tadi, kacau
- Siap untuk dihidang bersama nasi dan lauk-lauk lain



Viewing all 285 articles
Browse latest View live